“Untuk Kekalkan Hubungan Yang Bahagia, Ingat Kembali, Kenapa Kita Berkahwin Dulu,” Kongsi Lelaki Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa yang tidak mahu satu hubungan yang membahagikan, terutama jika ia adalah hubungan suami isteri. Pasti setiap daripada kita ini mahukan hubungan suami isteri itu akan terus kekal selamanya hingga ke akhir hayat. Dan kalau boleh perkahwinan yang ada itu biarlah sekali seumur hidup.

Sebab itulah apabila sudah berkahwin ini, nasihat-nasihat dari mereka yang lama ini tersangatlah membantu dalam membentuk rumah tangga. Tidak kiralah dari sesiapa pun, termasuklah ibu bapa kita sendiri. Nasihat-nasihat yang diberi itu pasti banyak gunanya pada kita kelak.

Sedikit perkongsian daripada saudara Syafiq Ridhwan, mengenai perkara ini. Ikuti perkongsiannya.



                         

“Selamat ulang tahun perkahwinan kita bang” ujar bini saya tetiba berkata ketika dalam perjalanan pulang ke kampung.

Saya diam sambil meneruskan pemanduan.

Orang kata lelaki ini pelupa bila sampai tarikh-tarikh yang penting. Lelaki ini tidak pandai menghargai momen-momen yang sememangnya wajib mereka ingat dan bersiap sedia bila ditanya.

Tarikh lahir, no telefon, no kad pengenalan, tarikh nikah, tarikh itu ini. Pendek kata semua bendalah yang pada perempuan itu penting, ianya memang wajib diingati. Sekiranya gagal, ia boleh menjadi sebab untuk mereka murung pada hari tersebut, dan boleh jadi hari-hari yang seterusnya.

Ya, perempuan sangat rumit.

Tapi untuk semua perkara ini, tidak gagal bagi saya.

“Selamat ulangtahun awak (baca:sayang) jawab saya sambil tersenyum.

Sedar tak sedar, dah berapa tahun kami berkahwin. Ingat lagi dulu, masa awal-awal berkahwin, kami banyak berjumpa dengan orang-orang lama. Dan setiap kali kami berjumpa, kami akan minta doa, pendapat dan tips bagaimana mereka kekal bahagia hingga ke hari ini.

“Jiwa muda memang banyak perselisihan. Paling penting setiap kali berselisih, kena sentiasa cepat-cepat selesaikan”

“5 tahun pertama berkahwin ni banyak dugaan, kena sentiasa kuatkan mental dan emosi”

“Kekal setia, untuk tempoh perkahwinan yang awal ni, syaitan akan beri pelbagai hasutan. Mengatakan yang orang lain lebih baik dari suami/isteri kamu. Jangan mudah terpengaruh”

“Tiada rahsia antara kalian. Sekiranya ada terasa hati, cepat-cepat luahkan dan cari jalan penyelesaian”

“Hal rumah tangga tak perlu dicanang ke luar. Cukuplah ia bermula dan selesai di dalam rumah”

“Paling penting, kena jaga agama dalam rumah. Saling ingat-mengingati sekiranya ada yang tergelincir atau putus asa dengan ujian”

Dan kesemua nasihat-nasihat ini saya guna pakai untuk membantu mereka-mereka yang memerlukan pendapat saya.

Saya pernah tanya mak dengan ayah, bagaimana mereka mampu mengekalkan perkahwinan mereka hingga hari ini. Walhal, ada juga satu dua perkara yang saya lihat mereka tidak bersependapat.

Mak kata,

“Ada banyak sisi dalam perkahwinan ini yang mula-mula kita rasa gembira sebab ia banyak persamaan”

“Tapi ia akan jadi kecewa bila melibatkan perbezaan”

Saya tanya mak lagi, bagaimana untuk kita mengatasi masalah tersebut. Dengan tenang mak menjawab,

“Raikan perbezaan tersebut. Kalau sorang tengah marah, seorang lagi kena istighfar, bertenang”

“Kalau seorang tengah serabut, seorang perlu memikirkan jalan penyelesaian agar kekusutan itu terlerai”

“Sebab kehidupan selepas berkahwin ini kena sentiasa melengkapi. Kalian sudah tiada sesiapa melainkan diri kalian berdua. Susah senang, semuanya kena bersama-sama”

Semua pendapat ini saya kerap ulang kali bercakap dengan isteri. Kebiasaannya bila kami memulakan perjalanan yang panjang.

Orang kata bila diulang berulang kali, ia seperti zikir, lama kelamaan ia menjadi satu perkara yang sentiasa berada di dalam ingatan.

Kita tidak akan pernah mengetahui perkara yang bakal terjadi pada masa akan datang. Tapi dengan saling ingat mengingati, ia mampu menyedarkan kita kepada paksi realiti perkahwinan.

Hari ini, banyak penceraian kahwin muda ini terjadi daripada perkara tersebut.

Ada yang datang pada saya dan berkongsi cerita,

“Suami saya ni, saya dah tak ada perasaan dekat dia encik. Dia selalu mengabaikan saya. Bila marah, kesemua kata-kata carut keluar. Saya tak tahan”

“Bini saya selalu membanding-bandingkan saya dengan kawan lelaki dia. Saya tahu dia tiada maksud, tapi saya rasa tercabar tuan”

“Suami saya ni pemalas tuan. Kerja dia hanya mengarah, tidak pernah tolong sedikit pun”

Saya bukanlah orang yang layak memberi pendapat, tapi bila berlaku kepada situasi ini.

Ingat kembali, kenapa kita berkahwin dulu. Dan apa sebenarnya tujuan kita berkahwin.

Semoga perkahwinan kita ini (bagi sesiapa yang dah mendirikan masjid) diberkati oleh Tuhan. Dengan keberkatan itu, mudah-mudahan kita dipertemukan semula oleh Tuhan di dalam syurganya kelak.

Tidak lupa juga,

Selamat ulang tahun perkahwinan kita untuk isteri. Moga terus menjadi isteri yang solehah, ibu yang baik pada Hani, dan tak putus-putus menjadi peneman yang baik dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini.

Moga mimpi-mimpi kita tidak pernah padam.

Terima kasih.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen