“Suami Isteri Perlu Tahu Give & Take, Kalau Nak Isteri Cantik Jangan Kedekut”

Jika kaum wanita sukakan pada kecantikan, apatah lagi pada kaum lelaki. Memang sudah lumrah kejadian makhluk lelaki yang suka pada kecantikan pada seorang wanita, dan ia adalah normal. Tidak normal sekiranya seorang lelaki yang tidak suka melihat wanita yang cantik lagi seksi. Namun, berkenaan dalam perkahwinan, suami isteri perlulah give and take tentang isu kecantikan ini.

Suami nak isteri cantik, kulit putih dan mulus, jangan kedekut sediakan duit perbelanjaan untuk isteri ke saloon, atau membeli barangan penjagaan diri.

Si isteri pula, sekiranya suami tidak mampu nak belanja barang solekan yang mahal seperti Sephora, usahlah memaksa, barang di drugstore kan ada seperti Watson dan Guardian.

Kalau nak ke saloon pun, ada sahaja saloon muslimah dengan harga yang berpatutan. Kaum wanita sekiranya mahu cantik, tapi malas menggunakan barang tradisional seperti bahan masakan di dapur, jangan malas cari spa dan saloon mengikut kemampuan suami.

Sekiranya si suami merasakan si isteri mampu membeli penjagaan diri untuk kecantikan mungkin kerjaya yang lebih tinggi atau berpendapatan tinggi. Jangan terlalu selesa dengan situasi ini, kerana memberi perbelanjaan untuk belanja isteri adalah nafkah yang perlu suami beri mengikut kemampuan.

Jika suami menjadi terlalu selesa, semuanya isteri yang lakukan tanpa meminta pertolongan dan berdikari, apakah tanggung jawab anda sebagai suami?

Oleh itu, jom ikuti sedikit kisah dari perkongsian saudara Mizan Dzai berkenaan dengan isu ini, dengan rujukan dari Ustaz Tuan Muaz Johani….

********

Bila isteri kita tukar penampilan dan imej mereka, lagaknya perasan kita seperti bersama orang baru. Bukan bersama orang lain tapi bersama dengan orang sama yang jauh lebih cantik, lebih berketerampilan menarik.

Percayalah, kita akan cepat-cepat nak balik rumah sebab nak tengok wajah isteri yang berpenampilan baru, lebih dari nak tengok anak-anak.

Lelaki, kita ni pantang dapat barang baru. Pantang isteri berwajah baru.

Masa tengah rehat makan tengahari tu, cuba usik-usik isteri di Whatsapp, media sosial dsb dan katakan yang kita rindukan dia.

Secara automatik isteri kita pun lebih yakin, seronok dan lebih manja melayan kita kerana nafkah batin bukan atas katil semata-mata, ianya juga bilamana membahagiakan isteri seperti kata-kata nakal atau romantik.

Apatah lagi nafkah zahir yang kita sediakan seperti penjagaan diri iaitu kecantikan isteri adalah penting bila usia rumahtangga lebih dari setahun dua kerana rambut adalah mahkota bagi setiap wanita.

Saya percaya, dalam dunia ini tak ada lelaki atau wanita yang tidak kacak atau cantik, kerana itulah norma kecantikan yang berbentuk subjektif mengikut pandangan mata masing-masing.

Bezanya adalah bagaimana kita menjaga penampilan diri kita terutama bila bersama pasangan. Ada lelaki yang suka wanita berbadan gebu, ada juga yang suka wanita yang berbadan besar atau kurus.

Kebahagian dalam rumahtangga itu bila kita menyayangi kelemahan pasangan dan bila kita menyintai kelebihan mereka. Berusahalah untuk menjadi yang terbaik buat pasangan kita, itulah sebenar-benar bahagia tanpa memberi ruang sondolan dari orang ketiga.

********

Semoga Bermanfaat Dan dijadikan Iktibar!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen