6 Cara Untuk Membalas Jasa Kedua Ibu Bapa Kita.

Sebagai anak yang bertanggung jawab dan masih memiliki kedua ibu bapa, pasti kita mempunyai pelbagai rancangan untuk membalas jasa mereka. Namun, hari demi hari, anda menjadi terlupa kerana kekangan masa dan kerja yang terlalu banyak dipejabat. Ibu bapa di kampung halaman, lama-kelamaan terbiar dari segi fizikal dan emosi, dan menyebabkan ramai dikalangan kita dilabel sebagai anak derhaka.

Tidak kira apa jua yang kita lakukan, ibu bapa sepatutnya menjadi kepentingan dalam kehidupan kita dengan:

1. Melayan kerenah mereka.

Semakin manusia lanjut usia, semakin keanak-anakkan perangai mereka. Begitu juga dengan kedua ibu bapa kita. Terlalu banyak perkara yang dirungut, tidak puas hati, semakin cerewet dan seumpama dengannya. Seperti kita ketika bayi, merengek kerana mahukan perhatian.

Jadi, jangan pernah putus asa melayan kerenah mereka, dan jangan merungut.

2. Bijak meluangkan masa dengan mereka.

Sebagai anak yang bekerjaya, kita seharusnya bijak membahagikan masa supaya dapat meluangkan masa dengan ahli keluarga terutamanya kedua ibu bapa kita. Jika duduk rumah sewa yang berjauhan, pertimbang lah perasaan kedua ibu bapa anda dengan pulang ke kampung halaman. Janganlah sejurus sahaja dapat kerja, terus lupa nak balik kampung.

Luangkanlah masa pada hujung minggu untuk menziarahi ibu bapa anda yang berada di kampung. JIka mereka tinggal dengan kita, luangkanlah masa berkualiti dengan mereka dengan melakukan aktiviti di rumah atau bawa mereka ke tempat yang boleh menenangkan fikiran, antaranya ialah ke tempat beriadah atau tepi sungai.

3. Pentingkan ibu bapa dalam apa jua situasi.

Bagaimana untuk mementingkan kedua ibu bapa dalam apa jua perkara dan situasi? Dengan sentiasa berkomunikasi dan berbincang dengan mereka. Jangan membelakangkan mereka apabila kita dilanda masalah.

4. Berbincang dengan adik-beradik untuk menjaga ibu bapa.

Jika anda memiliki adik-beradik yang ramai, berbincang dengan mereka untuk menjaga kedua ibu bapa anda secara bergilir-gilir. Jangan biarkan kedua ibu bapa anda keseorangan di rumah, dimana anda dan adik-beradik yang lain tinggal berjauhan.

Pastikan anda dan adik beradik mengikut aturan itu dengan betul dan baik. Cara ini dapat memastikan ibu bapa anda kekal rapat dengan anak-anak mereka mahupun cucu mereka kerana meluangkan masa bersama secara bergilir-gilir.

Janganlah sesekali mencampakkan kedua ibu bapa anda di tepi jalan dan tempat orang-orang tua.

5. Beri ganjaran untuk mereka.

Jangan ingat ibu bapa anda hanya mahukan duit dan harta dari anda semata-mata. Ganjaran disini bermaksud dengan membawa mereka pergi bercuti, biarkan mereka meluangkan masa dengan cucunya, sentiasa ada masa untuk melawak mereka dan berkongsi gembira sekiranya anda dikurniakan cahaya mata atau dinaikkan pangkat.

Janganlah bergembira tanpa mereka.

6. Berdoa untuk mereka.

Dan yang paling utama adalah, dengan mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa. Anda patut bersyukur kerana masih memiliki mereka, kerana ada dikalangan kita ketagih dengan kasih sayang dari ibu bapa. Anda seharusnya berdoa tanpa jemu untuk mereka, semoga dilimpahi rezeki oleh Allah SWT. Insya Allah.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen