Kad Kredit Sentiasa Overspending, Ini Cara Mengawalnya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sesetengah orang berpendapat bahawa kad kredit itu akan diperlukan saat-saat kecemasan, di mana ketika tidak mempunyai sejumlah wang tunai yang banyak. Berlebihan atau membelanjakan lebihan wang ketika menggunakan kad kredit adalah kebiasaan buruk bagi pengguna kad kredit.

Di mana, mereka yang pada mulanya hanya merancang untuk membeli 1 jenis barangan menjadi berlebihan dan akhirnya membeli lebih daripada 5 jenis barang yang tidak diperlukan. Berbelanja secara berlebihan menggunakan kad kredit ini biasanya berisiko untuk anda menanggung hutang yang lebih banyak. Jadi bagaimana untuk anda elakkan berlakunya overspending pada kad kredit anda?

                     



1. Cuba beringat.

Apabila menggunakan kad kredit, ramai yang tidak menyedari bahawa mereka telah menghabiskan banyak wang ketika menggunakannya. Membuat pembayaran menggunakan kad kredit membuatkan orang tidak merasa sayang dengan wang yang mereka miliki dan ini sangat berbeza, apabila anda berbelanja dengan wang tunai.

Ini adalah salah satu faktor yang membuat banyak orang cenderung untuk menghabiskan terlalu banyak wang pada kad kredit. Jangan sekali-kali berfikir bahawa kad kredit adalah wang percuma. Perkara yang harus diingat ialah anda perlu membayar balik wang yang telah digunakan sebelum ini.

2. Berbelanja berdasarkan kemampuan bukan bedasarkan had kad kredit.

Biasanya kad kredit ini mempunyai had perbelanjaan yang ditetapkan. Walaupun anda kini mendapat had kredit yang sangat besar, itu tidak bermakna anda perlu menggunakan semua kredit yang ada.

Perkara yang mesti difahami di sini adalah bahawa mempunyai had kredit yang besar tidak sama dengan mempunyai banyak wang di bank. Penyelesaiannya ialah anda boleh menguruskan perbelanjaan kad kredit berdasarkan jumlah pendapatan dan perbelanjaan yang anda miliki.

Adalah penting untuk sentiasa memantau baki kad kredit anda untuk memastikan anda tidak melebihi had pengeluaran apabila menggunakannya.

3. Jangan ikut emosi ketika membeli belah.

Kebanyakan pengguna lebih cenderung untuk menghabiskan lebih banyak wang apabila mereka sedih. Bukan itu sahaja, marah, cemburu, dan kebosanan juga boleh membuat anda membelanjakan wang secara berlebihan.
Penyelesaian terbaik untuk mengatasinya adalah menangguhkan aktiviti belanja apabila mood semakin merosot dan menunggu sehingga emosi stabil.


4. Gunakan kad kredit akan perkara yang anda mampu bayar semula.

Ramai pengguna kad kredit cenderung berfikir bahawa dengan kad kredit mereka boleh membeli pelbagai barang yang tidak dapat dibeli.

Kad kredit digunakan untuk meningkatkan daya beli dan inilah yang membuat ramai pengguna kad kredit terjebak dengan hutang yang tidak berkesudahan. Gunakan kad kredit untuk pelbagai perbelanjaan yang biasanya anda belanjakan, jangan gunakannya untuk membeli barang yang anda tidak dapat.

5. Tinggalkan kad kredit di rumah.

Anda tidak akan membuat pembelian melalui hutang, apabila tiada kad kredit. Sebaliknya, membawa kad kredit hanya apabila anda ingin membuat pembelian penting seperti membeli barangan runcit atau membeli peralatan baru.

Sekiranya anda mudah tergoda, lebih baik anda meletakkan kad kredit anda di rumah. Dengan itu tidaklah anda berbelanja secara berlebihan.

Kad kredit ini tidak semestinya memberikan kesan yang buruk kepada anda, semuanya bergantung bagaimana anda menggunakannya. Jadi berbelanjalah secara bijak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen