Supplemen Tambahan Membuatkan Kaum Wanita Lebih Cenderung Menghidapi Sakit Buah Pinggang. Hati-Hati!

Menurut kajian dari Institut Metrik Kesihatan mendapati wanita cenderung menghidap penyakit buah pinggang kronik (CKD) berbanding lelaki.

Pakar Nefrologi, Dr Nor Fadhlina Zakaria, berkata wanita dikatakan sukar membuat keputusan menjalani rawatan segera kerana mereka lebih selesa mengambil makanan tambahan yang ada kalanya tidak sesuai. Beliau yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, berkata tanpa disedari pengambilan makanan kesihatan tambahan tidak sesuai dengan sistem badan meningkatkan risiko kerosakan buah pinggang.

Jadi, secara kita tidak sedar dengan pengambilan supplemen kesihatan seperti vitamin, collagen dan seumpama dengannya tanpa nasihat doktor akan membahayakan kesihatan. Isu ini juga sering kita lihat pada mereka yang mahu mengambil jalan pintas untuk menurunkan berat badan. Maka, ramai sahaja golongan wanita mengambil pil kurus untuk turunkan berat badan dengan cepat.

Akan tetapi, solusi sebegini sebenarnya meningkatkan risiko kerosakan organ yang penting dalam tubuh badan iaitu buah pinggang. Buah pinggang adalah organ manusia yang berfungsi untuk menapis segala kekotoran seperti toksin.

Toksin.

Majoriti dikalangan kita mengambil detox atau membuat air detox untuk menyingkirkan toksin dalam badan. Air detox hanya membantu untuk menyingkirkan toksin sahaja, bukan seratus peratus menurunkan berat badan. Walau bagaimana pun, disebabkan kekangan masa, ada sahaja golongan wanita yang mengambil jalan mudah dengan membeli detox atau supplemen tambahan untuk menyingkirkan toksin dalam badan.

Disini sahaja sudah menunjukkan, adakah supplemen tersebut selamat atau tidak dengan tubuhnya yang mungkin akan membahayakan kesihatan. Pada kaum wanita, untuk menurunkan berat badan mudah sahaja jika anda berdisiplin dan rajin menimba ilmu. Lebih-lebih lagi merujuk pada yang lebih pakar berkenaan dengan diet pemakanan ini.

Jadi, jangan hanya bergantung dengan supplemen tambahan semata-mata untuk kurus, tetapi amalkan gaya hidup yang sihat seperti;

  • Mengamalkan minum air putih.
  • Elakkan makanan junk food, fast food dan seumpama dengannya.
  • Elakkan minum minuman yang manis, berperisa dan berkarbonat.
  • Malah kurangkan pengambilan ayam dan daging, dan gantikan dengan ikan.

Anda juga perlu ketahui tanda-tanda awal apabila mengalami sakit buah pinggang iaitu:

  • Merasa keletihan dan tidak bertenaga.
  • Mudah hilang fokus.
  • Hilang selera makan.
  • Mengalami masalah tidur.
  • Mengalami kekejangan otot pada waktu malam.
  • Mengalami bengkak pada kaki dan sendi.
  • Mengalami bengkak di sekeliling mata terutama pada waktu pagi.
  • Mempunyai kulit yang kering dan gatal.
  • Membuang air kecil yang kerap terutama pada waktu malam.

Disamping itu, kesan yang besar anda dapat lihat pada mereka yang mengalami penyakit ini adalah gangguan emosi seperti depresi disebabkan tanda-tanda diatas. Maka, utamakan kesihatan anda dengan berdisiplin dalam menjaga pemakanan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen