Kenali Jenis-Jenis Sakit Kepala Yang Menyerang Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sakit kepala adalah penyakit yang terlalu mudah untuk menyerang sesiapa sahaja tanpa kira peringkat umur. Ada yang mudah mendapat sakit kepala ini apabila dirinya terlalu sibuk dengan rutin hariannya, ada juga yang mudah diserang apabila dia sedang berhadapan dengan satu masalah yang besar. Semuanya bergantung kepada apa yang anda alami.

Apabila diserang sakit kepala, kita biasanya menganggap ia adalah perkara biasa kerana anda sedang berhadapan dengan tekanan, sedangkan terdapat empat jenis sakit kepala yang mungkin menyerang anda kerana ingin memberitahu bahawa anda tidak menjalani rutin yang sihat.

Bukan itu sahaja, sakit kepala bukannya hanya sakit di keseluruhan kepala sahaja tetapi terdapat bahagian-bahagian yang menandakan bahawa anda sedang mengalami sakit kepala berdasarkan masalah anda.



Berikut adalah jenis-jenis sakit kepala:


                             

1. Tension Headache.

Sakit kepala ini dialami oleh ramai orang. Sakit kepala jenis ini, otot pada bahagian kepala akan menegang dan hantar signal sakit ke otak. Penglihatan akan jadi sedikit kurang disebabkan ketegangan otot.

2. Migrain Headache.

Sakit kepala migrain juga dialami orang ramai. Migrain terjadi bila ada pembuluh darah yang mengalami pembengkakan. Ini kerana badan kita terlalu stress, kurang tidur dan juga pemakanan yang tak baik.


3. Cluster Headache.

Jarang orang kena cluster headache. Selalunya yang kena adalah mereka yang minum kafein dan alkohol. Contohnya jika berhenti minum minuman kafein, aliran darah akan diatasi kafein dan boleh menyebabkan seseorang sakit kepala.

4. Sinus Headache.

Sakit kepala sinus disebabkan oleh pembengkakan, peradangan, ataupun infeksi di beberapa bahagian sinus kepala. Demam turut boleh terjadinya sakit kepala sinus ini. Jika belum, elok cepat-cepat jumpa doktor sebab takut cecair/sinus di kepala sudah bernanah dan sebagainya.

Kenalpasti sakit kepala yang mana menyerang anda, dan pastikan mengambil ubat yang betul serta mendapatkan nasihat doktor. 



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen