Apa Azam Anda Pada 2019? Ubah Gaya Hidup Anda Dengan Mengikuti 5 Tips Ini!

Lagi beberapa hari sahaja lagi, kita sudah di ambang 2019. Apa sahaja yang sudah kita capai pada tahun ini? Adakah semuanya memberangsangkan? Adakah semuanya mampu memberi manfaat pada diri kita sendiri, malahan pada orang ramai? Adakah terlalu banyak kenangan yang pahit berbanding dengan yang indah?

Cuba kita refleksi kembali....

Bermuhasabah diri....

Berlapang dada dan membuka minda pada lembaran tahun baru nanti....

Perbaiki diri sendiri dengan melakukan beberapa tips di bawah;

1. Berhenti Membandingkan Diri Dengan Orang Lain.

Dah nak masuk tahun baru ni, cukup-cukuplah membanding kehidupan kita dengan orang yang lebih mewah, mempunyai duit dan harta yang banyak, lebih bahagia, setiap bulan travel dan sebagainya. Jika terlalu kerap membandingkan diri dengan orang lain, tidak hairan sekiranya diri kita sentiasa berada di bawah dan tidak berganjak pun.

Asyik merungut dan mengenang nasib, tidak membawa haluan tuju hidup kita kemana-mana pun. Cuba ubah diri dengan tumpang kegembiraan dan kebahagiaan orang lain. Bukannya ada hasad dengki.

2. Berani Mengambil Peluang.

Jangan cepat putus asa, dan berani mengambil peluang yang baru. Kalau pergi interview kerja yang tiada pengalaman pun, pergi sahaja ke temuduga tersebut  untuk ambil peluang dan pengalaman berkomunikasi dengan orang baru. Dari situ sahaja anda akan mempelajari kemahiran berkomunikasi seperti fasih bercakap, tidak gagap dan tidak blur.

Jumpa majikan pun dah blur, macam mana nak jumpa ibu mertua nanti? Lagi kecut.

3. Jangan Membiarkan Diri Terganggu Dengan Teknologi.

Jangan menatap telefon bimbit anda 24/7 jam sehari sehingga tidak nampak apa yang berlaku di sekeliling anda. Ajak kawan lepak, tapi semuanya anti-sosial, tidak guna juga. Ada pasangan tapi sering menghadap telefon bimbit pun, tak erat juga hubungan tu. Masih ada ibu bapa, tapi balik kampung halaman hadap telefon bimbit juga, macam mana nak balas jasa dan hargai kedua orang tua?

Hargailah insan yang bernyawa di sekeliling anda. Jangan bila dah tiada, mahu meratap macam orang gila.

4. Jangan Berlengah-lengah.

Masuk tahun baru, umur pun makin meningkat, pengalaman makin bertambah, diri sepatutnya menjadi lebih matang dan rasional. Jadi, usahlah berlengah-lengah dalam melakukan sesuatu perkara. Sebagai contoh untuk dalam hubungan percintaan, usah bercinta lama-lama sehingga orang mengata. Jika suka sama suka, beritahu keluarga, duit boleh dicari, hubungan perlu diredhai Ilahi.

5. Jangan Susah Sangat Nak Move On.

Dah nak masuk abad 2020, masih susah nak move on. Hidup terlalu singkat untuk kita bersedih. Pejam celik pejam celik, cepat masa berlalu. Jangan buang masa untuk meratap kisah silam kita. Allah swt memberi kita peluang untuk bernafas supaya dapat membuat banyak ibadah dan ingat pada-Nya. Ambillah peluang tersebut sebelum terlambat. Nanti menyesal.

Semoga Bermanfaat dan Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen