Antara Tempat Menarik Di Kota Kinabalu Yang Anda Sekeluarga Boleh Kunjungi.

Pasti ada sahaja dikalangan kita masih belum mencuba nasib untuk menaiki kapal terbang untuk bercuti. Selain bercuti di luar negara, jom ajak ahli keluarga anda beramai-ramai melancong ke Kota Kinabalu yang hanya mengambil 2 hingga 3 jam perjalanan menaiki kapal terbang.

1. Rumah Terbalik Tamparuli.

Rumah terbalik bukan lagi suatu tarikan yang asing di Malaysia. Banyak tempat selain di Kota Kinabalu juga mempunyai rumah terbalik. Tetapi, keunikan Rumah Terbalik Tamparuli adalah beberapa hiasan dan ciri khas Sabahan yang dipamerkan di rumah ini. Selain itu, Rumah Terbalik Tamparuli juga telah dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records kerana seni bina yang unik ini merupakan yang pertama di Malaysia.

Tarikan terbaru di persekitaran Rumah Terbalik ialah 3D Wonders Museum. Muzium Keajaiban 3D ini bukan hanya pameran seni 3D terbesar di Malaysia Timur tetapi juga merupakan yang pertama dan memberi tumpuan kepada pendidikan orang ramai tentang kepentingan melindungi biodiversiti, ekosistem dan sumber semula jadi.

2. Perkampungan Budaya Mari-Mari.

Related image

Kredit Foto: Google

Perkampungan Budaya Mari-Mari ini dibina dalam suasana hutan terpencil di Kionsom, Inanam, kira-kira 30 minit memandu dari Kota Kinabalu. Tempat ini wajib anda singgah untuk mengenali etnik dan budaya rakyat Sabah dengan lebih dekat. Di Perkampungan Budaya Mari-Mari, anda akan dapat melihat sendiri kepelbagaian rumah komuniti etnik Sabah, antaranya Bajau, Lundayeh, Murut dan Dusun.

3. Gaya Street Sunday Market.

Related image

Kredit Foto: Trip Advisor

Di Kota Kinabalu terdapat pasar pada hujung minggu yang hanya beroperasi pada hari ahad pagi sahaja. Anda akan peroleh pelbagai barang tempatan yang anda mahu di sana seperti makanan, kraftangan, cenderahati dan sebagainya. Anda dinasihatkan untuk datang pada awal pagi sekitar 7 pagi kerana keadaan akan bertambah sesak dan sukar untuk mencari parking.

4. Jesselton Point Waterfront.

Jesselton Point Waterfront merupakan salah satu tarikan utama pelancong di pusat bandar Kota Kinabalu. Selain dari pusat pengangkutan utama feri ke Taman Tunku Abdul Rahman, tempat ini mempunyai bangunan dengan binaan yang unik, pondok telefon antik, gerai-gerai tepi laut dan laluan pejalan kaki di atas air.

5. Dessa Cattle Fairy Farm.

Jika anda mahu bercuti seperti ala-ala di New Zealand, disinilah tempatnya. Suasana yang amat nyaman dan dingin, kemudian anda dapat melihat pemandangan yang sangat cantik sekitar di awal pagi. Ia juga mempunyai lading lembu dimana anda akan dapat melihat pelbagai aktiviti menarik di sana. Jangan lupa beli produk tenusu di sana, yang dijamin segar seperti Natural Yogurt, Aiskrim, Gelato, Fresh Cheese dan sebagainya.

Dan di antara pulau-pulau yang anda boleh kunjungi adalah:

1. Pulau Manukan.

Pulau yang terkenal di Kota Kinabalu adalah Pulau Manukan, malah pulau ini diwartakan sebagai taman laut negara.

2. Pulau Sapi.

Related image

Kredit Foto: Trip Hobo

Pulau Sapi merupakan salah satu pulau yang terdapat di di Kota Kinabalu. Pulau ini sangat diminati oleh pelancong asing kerana air lautnya yang tenang sepanjang tahun.

3. Pulau Mantanani.

Related image

Kredit Foto: Trip Advisor

4. Pulau Lankayan.

5. Pulau Mabul.

Selamat Bercuti!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen