Siapa yang tidak kenal dengan isteri Perdana Menteri Kita, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, yang sentiasa setia di sisi suaminya ke mana-mana sahaja. Beliau yang berusia 92 tahun kelihatan sentiasa cergas dan bertenaga ketika di samping suaminya yang tersayang.
Sudah pastilah rata-rata daripada kita ingin mengetahui akan rutin harian yang dilalui oleh Tun Dr Siti Hasmah sehinggakan beliau masih lagi kekal muda sehingga ke hari ini.
Apa agaknya rahsia suri hati Tun Dr Mahathir Mohamad ini?
Berikut adalah enam tips yang dikongsikan oleh beliau agar menjadi amalan kita bersama.
“Pertama, makan makanan yang sihat.
Kedua, dapatkan rehat yang cukup.
Ketiga, bersenam.
Keempat, lakukan aktiviti kegemaran semasa lapang.
Kelima, sentiasa bergaul dengan rakan.
Keenam, sokongan keluarga terutama anak-anak.”
Malaysia dijangka mencapai status negara tua menjelang 2035 apabila 15 peratus daripada penduduknya terdiri dari warga emas berumur 60 tahun ke atas.
Jadi, apa persediaan setiap daripada anda hari ini?
Tinggalkan Komen