Perbezaan Antara Ibu Bapa Yang Baik Dan Bijak, Anda Yang Mana?

Oleh: Zuzu Yasmine

Sikap anak-anak akan terbentuk melalui bagaimana cara kita mendidik mereka. Jika dingin cara kita maka dingin jugalah mereka terhadap kita, begitu juga sebaliknya. Hasil didikan kita hari ini akan memberi kesan kepada tumbesaran mereka secara tidak langsung akan memberi kesan pada hari kita tua nanti.

Banyak ibu bapa yang terlalu takut berlembut dengan anak mereka kerana mereka ini sering dimomokkan bahawa jika terlalu lembut maka anak-anak mereka ini akan mula hilang hormat terhadap mereka. Tapi jika terlalu berkeras pun, hasilnya masih lagi sama.

Jadi didikan yang bagaimana ibu bapa ini perlu lakukan? Berlembut tidak boleh berkasar juga tidak boleh. Berikut adalah perbezaan diantara ibu bapa yang baik dan juga bijak, yang manakah anda?




1. Apabila mempunyai masa lapang.

Yang baik: Menumpukan seluruh masa dan tenaga untuk anak mereka, sehingga mengabaikan hobi dan minat masing-masing.


Yang bijak: Mengajar anak untuk mencari minat dan berdikari. Namun, masih memantau dan melakukan hobi bersama-sama.


Galakkan anak-anak berkawan dan mencari hobi, tetapi masih memantau mereka. / Foto Kredit: daliulian.net


2. Apabila anak belajar.


Yang baik: Memeriksa dan membetulkan jawapan yang salah dalam kerja sekolah anak-anak.


Yang bijak: Mengajar anak untuk bertanggungjawab terhadap kerja sekolah sendiri. Bertanyakan masalah dan cuba membimbingnya menyelesaikan masalah sendiri.


Ketepikan formula dan silibus di sekolah. Tanyakan apa yang mengganggu fikiran mereka dalam pelajaran.


3. Apabila memberi ganjaran.


Yang baik: Cuba menutup kelemahan atau rasa bersalah dengan membelikan permainan.


Yang bijak: Memberi duit poket kepada anak. Mengajar anak untuk menguruskan kewangan sejak kecil.

kesalahan mendidik anak

4. Apabila anak menangis dan mengamuk.


Yang baik: Cuba mencari jalan agar anak dapat ditenangkan secepat mungkin.


Yang bijak: Mencari punca yang menjadikan anak-anak bersikap sedemikian. Tidak memaksanya diam semata-mata risau tanggapan orang luar.


Jangan lupa peluk anak-anak juga




5. Apabila menetapkan matlamat.


Yang baik: Berhasrat membesarkan anak menjadi seorang yang berjaya dan berguna kepada masyarakat.


Yang bijak: Membentuk hubungan yang rapat dan mesra dengan anak sehingga mereka percayakan ibu bapa dalam semua hal.


Usah berharap kepada anak yang sempurna


Usah berharap kepada anak yang sempurna


6. Apabila memberi nasihat.


Yang baik: Melindungi anak daripada melakukan kesilapan, sehingga bersusah-payah melakukan sesuatu yang di luar kesanggupan.


Yang bijak: Memantau anak dalam membuat keputusan sendiri dan membiarkan mereka belajar daripada kesilapan.

Memarahi anak

7. Apabila memujuk anak.


Yang baik: Membiarkan anak melakukan apa saja yang mereka mahukan supaya berhenti menangis dan mengawal kelakuan.


Yang bijak: Tidak membenarkan anak-anak ‘mempergunakan’ ibu bapa. Sebaliknya, memberi ruang kepada anak untuk bersendiri dan melakukan sesuatu yang disukai selagi tidak bercanggah dengan disiplin yang ditetapkan.

kesalahan mendidik anak

Fitrah Berkasih Sayang Terhadap Anak.


Se‘macho’ mana pun kita, apabila bab anak-anak, mesti ramai yang ‘cair’ dan mudah ter’makan’ dengan kata-kata mereka. Inilah fitrah semulajadi yang Allah ciptakan dalam hati setiap manusia agar berkasih sayang dengan anak-anak.


Sunguhpun Islam sangat menitikberatkan agar kita berkasih sayang terhadap anak, kadang-kadang kita terlalu banyak ‘memberi’ sehingga kita lupa untuk ‘mendidik’.


Inilah kesalahan mendidik anak yang menjadi perbezaan yang ketara antara ibu bapa yang baik dengan yang bijak.


Jadi, kita yang mana?


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen