"Masa Mengubati Segalanya, Jangan Kalah Dengan Emosi Sendiri"- Abby Abadi Kongsi Cara Berbaik Dengan Bekas Suami.

Oleh: Zuzu Yasmine

Telah Menjadi asam garam kehidupan apabila kita ini diberikan ujian demi ujian. Namun dalam setiap ujian itu pasti ada sinar dan hikmah yang kerap kali kita tidak mengjangkakan. Setiap perkara yang pahit dalam hidup kita itu tidak akan selamanya pahit, saat manis pasti akan hadir tanpa kita jangkakan.

Siapa sahaja yang tidak tahu akan kisah keluarga besar ini, sejarah yang lepas tidak menjadi penghalang untuk mereka mengeratkan hubungan mereka semula.

Pasangan Abby Abadi berserta suaminya Mohd Faizal dan Norman Hakim serta isterinya Memey Suhaiza adalah salah satu contoh keluarga yang bahagia dan menjadi contoh serta tauladan yang baik kepada semua masyarakat.



                       

Banyak aktiviti yang mereka kongsi dan lakukan bersama-sama. Tidak kiralah bercuti, keluar makan bersama, menyambut ulang tahun perkahwinan dan juga ulang tahun kelahiran. Ia seolah-olah tiada perkara yang pernah terjadi dalam hidup mereka. Sangat mengagumkan!

Sering kali ditanya bagaimana Abby dan Norman ini masih lagi mampu menjalinkan satu hubungan yang baik, sedangkan dahulunya pernah melalui fasa penceraian yang menyedihkan kedua belah pihak.


Jadi, baru-baru ini Abby Abadi ada menjawap segala persoalan yang sering ditanya kepada dirinya melalui ruangan Instagram miliknya.


“Saya simpati… Pada mereka yang pernah melalui ‘penceraian’ terutama sang isteri yang terpaksa hidup dengan anak-anak yang masih kecil.


Cumanya.. Walaupun perceraian itu menyakitkan, namun saya percaya, penceraian bukanlah perkara yang buruk, ia adalah salah satu ujian dari banyaknya ujian ALLAH yang lain. Tak lalui, kita takkan pernah tau betapa kuatnya kita. Dan yang lebih penting, sama ada kita perbaiki diri selepas di uji, atau terus merosakkan lagi keadaan, PILIHAN di tangan kita.


Dan topik ni sangat berkait rapat dengan saya kannn… Saya tulis ni sebab ramai sangat yang bertanya pada saya, macam mana boleh ‘baik sangat’ dengan Oman & Memey. Macam mana boleh lupakan apa yang terjadi. Macam mana itu, macam mana ini… Saya jawab: Kehendak ALLAH.


Cumanya inginlah saya berkongsi pengalaman, berpesan-pesam & mengingatkan: masa akan mengubati segalanya. Jangan kalah dengan emosi. Sikit-sikit sudah melayan perasaan itu. Bila bersedih, syaitan lagi suka. Macam-macam dihasutnya kita. Jadi yang sebaik-baiknya, MOVE ON!


Yang berlalu biarkan berlalu. Kita bina hidup baru.


Akui kelemahan diri. Itu yang sebaiknya. Tiada yang sempurna diatas muka bumi ini. Yakin bila diuji dengan ujian berat sebegini, pasti ALLAH akan hadiahkan “pelangi” yang lebih indah nanti.


Dah selesai episod sedih, jiwa bergelora & sebagainya… Usahalah untuk jalinkan hubungan baik dengan bekas pasangan kita, demi anak-anak. Merendah diri. Tak rugi apa pun. Paling utama, jangan burukkan pasangan barunya…


Cukup ALLAH sebagai penolong kita. Janganlah asyik bercerita kita terseksa, kita teraniaya & sebagainya. Syaitan memang seronok kalau kita bergaduh sampai bermasam muka. Kalau sampai berparang-parang, lagi dia suka. Jadi kawal… Jangan kalah dengan dia.


Paling hebat, untuk perbaiki segalanya. Wajib kenal ALLAH & bawalah ISLAM bersama. InshaALLAH, bila kenal ALLAH, segan dah kita nak meraih simpati orang & tak kan kita merasa kita je “sempurna”️


Sekian."


Menurutnya lagi jangan mencari kesempurnaan tapi sempurnakanlah apa yang kita ada.


                       

“Inilah KEHIDUPAN.

Semakin kita mencari “kesempurnaan”, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya.

Kerana sejatinya “kesempurnaan” yang hakiki tidak pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita untuk menerima kekurangan.

Bila tak dapat memberi, jangan mengambil.

Bila mengasihi terlalu sulit, jangan membenci.

Bila tak mampu menghibur orang, jangan membuatnya sedih.

Bila tak mungkin meringankan beban orang lain, jangan mempersulit atau memberatkannya lagi.

Bila tak sanggup memuji, jangan mengeji.

Bila tak dapat menghargai, jangan menghina.

JANGAN MENCARI KESEMPURNAAN, tapi sempurnakanlah apa yang telah ada pada kita.

Kehidupan dunia bagaikan mimpi dan bayangan yang tidak akan kekal.

INGATLAH,

Dunia boleh buat kita ketawa sesaat. Namun di akhirat, kerana dunia lah kita menangis tak berhenti.

Dunia boleh memberi kebahagiaan seketika. Namun di akhirat, kerana dunia lah kita sengsara di neraka.

Dunia boleh memberi pelbagai nikmat kehidupan. Namun di akhirat, kerana dunia lah kita diazab.

Muhasabah Diri. Perbaiki kelemahan supaya kita semua dpt merasa Syurga Milik ILAHI. Semoga ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala sentiasa melimpahi hidayah petunjukNYA pada kita semua. Aminnnn…”

                        

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen