Kenapa Suami Tidak Pernah Post Status Sweet Dengan Isteri Di Sosial Media?

Pada zaman millennial ini, sosial media adalah platform utama untuk setiap individu meluahkan perasaan seperti diari ‘bergerak’. Bermula dengan blog, kemudian muncul pula aplikasi yang memudahkan setiap individu berinteraksi dengan orang ramai seperti facebook, twitter, instagram dan pelbagai aplikasi lagi.

Isu ini hangat diperkatakan terutamanya dari golongan kaum wanita, kerana hanya mereka sahaja yang mampu aktif dan produktif dalam sosial media ini. Mereka juga adalah golongan yang hebat untuk menjadi Stalker. Deria ingin tahu yang hebat membuatkan mereka mampu menjadi ‘mata-mata’ atau ‘spy’ untuk semua perkara.

Namun, jarang untuk kita lihat kaum lelaki menggunakan sosial media untuk meluahkan perasaan. Ini kerana aktiviti kaum lelaki yang sering lakukan terutamanya di sosial media adalah bermain game dan mencari maklumat yang berkaitan dengan kereta, mahupun gajet. Jadi, bagaimana sebenarnya lelaki ini meluahkan perasaan?

Jika berkenaan dengan perkahwinan pula, kenapa si suami tidak pernah dan jarang untuk post status sweet tentang isteri mereka, sebagaimana si isteri sering lakukan?

Ini kerana lelaki menganggap post status sweet berkenaan dengan isteri di sosial media adalah…

1. Tidak penting.

Bagi pandangan lelaki yang telah bergelar suami, sosial media tidak lagi penting apatah lagi mahu menunjukkan kebahagiaan pada umum. Perbezaan utama ciptaan kaum Adam dan Hawa adalah ciri-ciri yang ada dalam diri mereka. Bagi kaum wanita, semuanya penting walaupun hal yang kecil, namun tidak pada lelaki.

“Awak dah ada depan mata saya kan, kenapa saya nak kena post kat facebook lagi…”

“Saya sayangkan awak, saya terus cakap kat awak lah, tak perlu orang lain tahu…”

Hal sekecil ini pun sebenarnya mampu mencetuskan perang besar sekiranya tidak bijak mengawal emosi.

2. Mahu rasa kebahagiaan bersama pasangan berdua, bukan secara beramai-ramai.

Bagi lelaki apabila menunjukkan kebahagiaan di sosial media, ia sebenarnya membuatkan ramai orang mahu menumpang gembira dan bahagia. Namun sebenarnya, lelaki mahukan perasaan itu special untuk seorang sahaja iaitu isteri kesayangannya, bukan untuk dijaja. Jadi, mereka beranggapan apabila kebahagiaan itu dipertonton secara beramai-ramai secara tidak langsung perasaannya tidak lagi special.

“Malulah kenapa kena bagitahu orang lain….”

Seperti ketika ulang tahun hari jadi, kaum wanita lebih suka dan teruja apabila dikejutkan dengan pelbagai kejutan dari ramai orang yang tersayang. Namun, lelaki tidak. Mereka lebih suka menyambut berdua dengan isteri tersayang sahaja.

3. Tidak mahu isterinya dipertonton oleh orang ramai.

Lelaki ini mahu menjaga maruah isterinya kerana takut tertunjuk aurat isterinya, ataupun gaya yang berlebihan yang tidak sepatutnya dipertontonkan pada mereka yang bukan mahram. Seorang isteri patut bersyukur jika memiliki suami yang sebegini kerana jarang seorang suami yang segan untuk meletak gambar isterinya di sosial media. Ini kerana kecantikan seorang isteri adalah untuk suami sahaja, bukan untuk orang lain.

Namun, jangan pula TIDAK PERNAH LANSGUNG si suami post gambar isteri di sosial media. Itu seperti mahu sembunyikan dari sesuatu. Dan, berpada-padalah menggunakan sosial media. Jangan berlebihan. Si isteri pun perlulah faham kenapa si suami bertindak sedemikian rupa. Suami isteri perlu saling memahami antara satu sama lain.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen