5 Cara Untuk Berbulan Madu Dengan Jimat.

Majlis perkahwinan sudah tentu mengeluarkan wang yang banyak sehinggakan tiada simpanan untuk pasangan yang baru berkahwin. Nak berbulan madu pun, fikir banyak kali. Adakah penting untuk bulan madu atau pun tidak? Jadi, bagaimana mahu berbulan madu dengan jimat? 

Jom ikuti tips ini...

1. Bajet.

Bincang dengan pasangan anda dan tentukan berapa banyak wang yang boleh anda belanjakan ketika bulan madu dan berpegang padanya. Seterusnya, tentukan jenis bulan madu yang anda suka, contohnya pantai, hutan atau bandar. Dengan menentukan jenis bulan madu yang anda suka, anda akan dapat menentukan anggaran yang diperuntukkan. Sebagai contoh, perjalanan berbulan madu di bandar mungkin akan menelan kos lebih, yang datangknya dari kos makanan, bayaran masuk ke tempat bersejarah dan pelbagai lagi.

2. All-inclusive resorts.

Satu cara untuk jimat adalah menginap di resort yang menyediakan kesemua pakej. Contoh seperti Club Med, yang punya segalanya, termasuk makanan dan aktiviti dan pelbagai lagi kemudahan lain. Dengan cara itu, anda tidak perlu risau tentang apa-apa semasa bulan madu, anda hanya perlu menikmati dan menghabiskan masa bersama sahaja.

3. Tawaran terakhir.

Satu lagi cara untuk mendapatkan tawaran terbaik adalah melalui tawaran terakhir. Hotel dan syarikat penerbangan sentiasa membuat promosi di saat akhir, jadi inilah masa untuk anda dan pasangan buru harga tiket dan hotel tersebut. Walaubagaimanapun, jika anda memilih untuk menggunakan transaksi ini, anda perlu bersiap sedia untuk menerima segala kemungkinan yang berlaku, mungkin anda tidak mendapat lokasi atau hotel yang dingini.

4. Connection itu penting.

Ini berpotensi menjadi cara yang dapat menjimatkan wang. Jika anda mempunyai kawan atau saudara yang bekerja di hotel, seriously anda sangat beruntung. Jika mereka bekerja di sebuah hotel, kemungkinan anda akan mendapat diskaun kakitangan yang akan menjadikan hotel lebih murah. Walaupun nikmat sebegini sangatlah mustahil tetapi kadang-kadang ia boleh berlaku. Orang kata kalau ada rezeki, adalah…

5. Perancang perkahwinan.

Paling mudah bebas daripada tekanan. Apa yang anda perlu lakukan hanya memberitahu anggaran dan jenis-jenis bulan madu yang anda minat. Mereka akan dapat menawarkan pelbagai pakej bulan madu yang lebih murah daripada menempah secara berasingan. Bukan itu sahaja, dengan kepakaran dan pengalaman mereka, anda boleh yakin bahawa pilihan yang mereka akan beri membawa kepuasan.

Selamat Mencuba dan Selamat Berbulan Madu!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen