5 Perkara Yang Paling Menyampah Orang Lihat Pada Pasangan Yang Baru Berkahwin.

Apabila hidup bermasyarakat pasti ada sahaja yang tidak berpuas hati dengan kita. Tidak semestinya tidak senang melihat pada mereka yang mampu memiliki harta kekayaan, namun kebahagiaan orang lain juga pasti tidak senang duduk melihatnya. Melainkan di atas muka bumi ini, kita hidup keseorangan pasti tiada siapa peduli melihat kehidupan kita. Tapi nanti bosan pula, bila hidup tidak bermasyarakat ni.

Secara kebiasaan, sebagai insan biasa pasti ada sahaja kita menyampah pada seseorang dan salah satu daripadanya adalah pada mereka yang baru sahaja berkahwin. Pasangan yang baru berkahwin sudah tentu berasa sangat bahagia dan dalam pada masa yang sama begitu teruja untuk menunjukkan kebahagiaan mereka di sosial media.

Selain itu, pasangan yang baru berkahwin juga sering melakukan antara 5 perkara seperti berikut;

1. Mention nama suami atau isteri di setiap tempat.

  • In relationship dengan pasangan di facebook: Done.
  • Letak nama pasangan di setiap status whatsapp/instagram/facebook: Done.
  • Mention atau tag nama pasangan setiap post di facebook: Done.

Kebiasaannya ini yang sering berlaku pada pasangan yang baru sahaja berkahwin. Setiap tempat mahu ditulis tentang pasangan terutamanya di biodata anda sendiri. Bukan setakat nama pasangan sahaja yang ditulis, tarikh berkahwin, tarikh berjumpa, tarikh mula dating dan seumpama dengannya. Ia seolah-olah ‘followers perlu tahu’ berkenaan hal peribadi tentang anda.

2. Instagram siapa ni?

Ada juga sebilangan daripada pasangan membuat akaun bersama kerana bagi mereka mudah untuk akses. Tidak perlu akaun asing-asing, kerana nanti semua aktiviti yang dilakukan sama sahaja. Apabila memiliki anak pun, tidak perlu post berulang kali di akaun berasingan, jadi pasangan ini membuat keputusan untuk membuat akaun bersama (seperti akaun bank pula).

Apabila munculnya akaun baru ini, sudah pasti pasangan ini akan cuba follow rakan-rakannya yang lain. Akan tetapi, ada sahaja rakan-rakan yang tidak mahu follow kerana tahu akan berasa cemburu melihat gambar pasangan ini. Namun, setelah tidak follow instagramnya, naik kembali notification bahawa pasangan tersebut mahu follow juga. Mereka yang bujang, pasti berasa annoying dan terpaksa follow. Kemudian ‘mute’.

3. Kerap post gambar kahwin.

Sudahlah akaun bersama, kerap pula post gambar kahwin. Setiap saat, minit dan jam tidak henti-henti post gambar kahwin.

“Sorry spam gambar kahwin..”

“Baru berpisah sekejap dah rindu…”

“Alaaaa…hubby nak out station, tak sabar nak jumpa..”

Gambar termenung, gambar throwback dan pelbagai gambar bersama pasangan lagi. Obsessnya dengan pasangan. Biasa la baru berkahwin.

4. Memberi nasihat tentang rumah tangga.

Baru sahaja seminggu berkahwin, sudah memberi nasihat perihal rumah tangga pada mereka yang masih bujang. Kerap pula memberi nasihat tentang perkahwinan seolah-olah sebagai pakar motivasi.

“Orang bujang perlu berkahwin kerana perkahwinan itu indah…”

Baru fasa bulan madu, sememangnya perkahwinan itu indah. Belum lagi bertahun-tahun. Memberi nasihat seolah-olah hidup membujang ini teruk pula. Malah perkahwinan adalah misi utama dalam hidup seseorang pula untuk dikejar.

5. CCTV pasangan.

Bukan sahaja sering post gambar di sosial media, malah seperti diari pula. Setiap segenap pergerakan, perbuatan pasangan mahu dikongsi menjadi tatapan umum. Conversation dengan pasangan di whatsapp pun mahu ditunjuk.

Kesimpulannya, bukan tidak boleh langsung mempamerkan kebahagiaan perkahwinan anda, biarlah berpada-pada. Bukan sahaja mereka yang single makan hati, ibu bapa yang melihat pun meluat pula. Mentang-mentang zaman sekarang, zaman sosial media dan viral, semakin menjadi-jadi pula sikap untuk ‘show off’.

Jangan Terlalu Leka Dengan Sosial Media Sehingga Terlupa Pasangan Disisi!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen