Trend Perkahwinan Yang Meletop Sepanjang Tahun 2018.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila tiba ke hujung tahun ini, pasti ramai di antara anda yang telah melihat pelbagai jenis majlis perkahwinan. Tidak kiralah melihat majlis perkahwinan abang atau kakak, sanak saudara, rakan terdekat ataupun seleberiti tanah air kita. Terutama pada hujung tahun ini, banyak yang mengambil peluang untuk mendirikan majlis perkahwinan.

Setiap kali melihat persekitaran majlis perkahwinan, apa yang akan kita lihat? Sudah pastilah tema yang dipilih, baju pengantin, dan lain-lain lagi.

Buat anda yang bakal mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan, sudah pastilah anda telah melakukan beberapa persediaan untuk majlis anda. Jadi di sini kami kongsikan beberapa trend yang meletop sepanjang tahun 2018 yang akan dibawa pada tahun hadapan.




                     

1. Inai putih.

Pemilihan inai berwarna putih bukanlah satu yang asing lagi. Bukannya inai berwarna merah suadh tidak relevan, tetapi masing-masing mempunyai minat yang tersendiri. Inai putih ini dikatakan lebih sesuai dipakai pada acara pernikahan manakala inai merah pula bersesuaian pada majlis perkahwinan. Semuanya bergantung pada bakal pengantin itu sendiri dan ada juga yang memilih inati perak atau silver sebagai pilihan. Tapi jika dahulu inai hanya sekadar inai sahaja, kini tidak lagi. Inai kini akan dihiasi dengan manik-manik di tangan si pemakai, namun ia semuanya bergantung kepada pemintaan.


                      

2. Baju pengantin songket moden.


Songket adalah kain hasil tenunan tangan dan menjadi warisan turun-temurun orang Melayu. Ia telah menjadi bahan utama untuk kain pengantin sejak dahulu lagi. Namun, ramai yang mula meninggalkannya kerana inginkan sesuatu yang lebih moden. Pada hari ini, kelihatan seperti songket mula muncul kembali sebagai antara material baju pengantin yang popular. Selain itu, kain songket juga turut di pilih sebagai material hiasan backdrop untuk pelamin 2018.


Bukan itu sahaja, dengan pelbagai jenis rekaan yang dihasilkan melalui kain songket ini, ia tentu akan menambat hati sesiapa sahaja yang mahu tampil elegan pada hari persandingan mereka.


                     

3. Gubahan dulang hantaran yang ringkas.


Jika dahulu kita lihat gubahan dulang hantaran ini boleh lihat penuh sarat dengan bunga. Tapi kini, gubahannya lebih ringkas dan lebih menarik dengan gabungan warna-warna pastel di atas dulang tersebut. Trend gubahan hantaran yang agak hipster tetapi simple dan menarik ini akan berlanjutan sehingga ke tahun hadapan.


                     

4. Gabungan tema berwarna peach rose dan biru quartz.


Beberapa tahun yang lain, tema warna pastel pink muda, turquoise, atau ungu muda pernah menjadi popular. Namun, hari ini, muncul pula satu tema warna pengantin 2018 yang layak diberi anugerah warna tahunan iaitu peach rose dan biru quartz. Gabungan warna peach rose dan biru quartz juga turut dikenali warna Pantone. Ramai yang sukakan kelembutan warna peach rose dan bagaimana warna biru quartz menaikkan seri warna rose tersebut.



                   

5. Bridesmaid.


Walaupun banyak kontroversi mengenai bridesmaid sepanjang tahun ini, namun ia masih lagi mendapat sambutan dari sesetengah pihak. Hal ini kerana, mereka ini akan membantu pengantin malah secara tidak langsung akan memeriahkan majlis tersebut. Jadi anda sudah mempunyai senarai untuk bridesmaid majlis anda?


                   

6. Hadiah doorgift yang jimat.


Jika dahulu mungkin doorgift buat tetamu yang hadir adalah nasi ataupun barangan perhiasan seperti cawan ataupun sapu tangan.Tapi sepanjang tahun 2018 ini, banyak doorgift yang murah dan berbaloi untuk tetamu dan juga tuan rumah. Antara doorgift yang trending adalah seperti sos, kicap, air kotak 1L, roti, mee segera dan pelbagai lagi. Tapi ada juga yang memberikan minyak wangi dan juga losyen tangan.


                   

7. Kek bertingkat bunga segar.


Jika dahulu, kek pengantin telah berubah menjadi kek cupcakes (ketika zaman kek cawan meletup), namun tahun ini, kek kahwin bertingkat akan kembali menjadi trend. Dan apa yang lebih menarik lagi adalah hiasan yang diletakkan pada kek tersebut. Pemilihan bunga segar kini telah menjadi ikutan yang sangat meluas, bahkan hiasan yang ringkas pasti membuat kek tersebut kelihatan begitu indah.


                     

8. Dulang boy sedondon.


Perkara yang terakhir meletop sepanjang tahun 2018 ini adalah dulang boy. Jika sebelah pengantin perempuan kita ada bridesmaid, sebelah pengantin lelaki juga tidak ketinggalan, mereka ini mempunyai dulang boy yang memakai baju sedondon. Biasanya mereka ini akan ada pada ketika majlis bertandang ataupun acara pernikahan. Pasti meriah majlis anda nanti.


8 trend perkahwinan sepanjang tahun 2018 ini mungkin akan meletop sekali lagi pada tahun 2019. Jadi pastikan anda merancang dengan bijak mengenai majlis persandingan anda nanti.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen