Menjadi Seorang Ibu Yang Baik Dengan Lakukan 9 Perkara Ini Kepada Anak-Anak Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjadi ibu adalah impian setiap wanita, di mana mereka ini mempunyai zuriat yang dilahirkan oleh mereka sendiri. Bahkan merasakan pembesaran mereka di dalam rahim. Bukan itu sahaja, menjadi seorang ibu juga ingin melihat anak-anak membesar dengan baik dan sihat di depan mata setiap hari.

Seperti biasa, setiap ibu ingin menjadi ibu yang baik untuk anak-anak mereka, di mana mereka dan anak-anak ini boleh bergaul mesra dan melayani seperti seorang rakan. Mana-mana ibu mahukan anak-anak mereka mudah dirapati dan didekati.

Jadi bagaimana mahu menjadi seorang ibu yang baik? Berikut adalah perkara yang perlu anda tahu.




1. Sentiasa sedia untuk mendengar

Menjadi pendengar yang baik adalah kunci untuk membantu anda rapat dengan anak anda. Si kecil akan rasa kasih sayang anda apabila mereka melihat anda memberikan 100% perhatian kepada pendapat, perasaan, buah fikiran, aktiviti harian mereka, dan lain-lain. Bahkan lebih baik lagi jika anda memasukkan masa perkongsian ke dalam rutin keluarga anda.


2. Berpegang pada kata-kata anda.


Penting untuk setiap ibu bapa konsisten dengan anak mereka kerana ini akan memberikan mereka kefahaman bahawa anda memaksudkan apa yang anda cakap, dan anda seorang yang boleh dipercayai. Ini boleh membantu meningkatkan rasa selamat mereka dan juga merapatkan hubungan antara anda dan anak.


3. Jangan berkompromi.


Jika anda menetapkan sesuatu peraturan baru, terangkan dengan jelas kepada anak anda mengenai akibat atau hukuman yang mereka akan terima jika melanggar peraturan. Akan tetapi, perkara yang lebih penting ialah anda sendiri jangan pernah melanggar peraturan yang anda buat. Anak anda perlu tahu yang anda akan mengikut apa yang anda perkatakan.


4. Bersabar.


Bersabar semasa mengajar anak sesuatu perkara baru. Ini kerana anak anda masih terlalu muda untuk menguasai sesuatu kemahiran tertentu dengan cepat. Daripada anda menjerit atau memarahi mereka, adalah lebih baik jika anda menarik nafas panjang, kemudian bertenang dan memikirkan betapa anda menyayangi anak anda itu.




5. Berseronoklah.


Jangan serius sepanjang masa kerana ini akan menjadikan anda berdua lebih tertekan. Anda perlu bergurau-senda dan ketawa lebih kerap bersama anak anda. Cubalah untuk melakukan sesuatu perkara yang menyeronokkan (atau perkara yang gila-gila) bersama anak anda. Dengan cara ini, anda bukan hanya boleh menguatkan ikatan kekeluargaan, bahkan juga mengajar anak anda nilai bergelak-ketawa.


6. Tunjukkan tauladan yang baik.


Anda sentiasa menjadi seseorang yang paling rapat dan “role model” untuk anak anda. Jadi, jika anda ingin lihat anak anda melakukan sesuatu perkara, anda perlu melakukannya dahulu supaya si kecil boleh melihat dan belajar.


7. Jangan cuba untuk menjadi sempurna.


Ibu yang sempurna tidak wujud. Tidak mengapa jika anda membuat kesilapan sekali-sekala. Apa yang penting adalah anda boleh mengenali kesilapan dan bersedia untuk memohon maaf.


8. Sentiasa ada.


Luangkan masa dengan anak anda, seperti melakukan aktiviti harian tertentu dan meraikan peristiwa penting dalam hidup mereka. Ini dapat membuatkan mereka rasa disayangi dan dijaga, kerana inilah yang semua kanak-kanak perlukan.


9. Nyatakan sayang anda.


Anda boleh menunjukkan kasih sayang anda kepada anak melalui kata-kata ataupun bukan lisan. Kasih sayang boleh datang dalam bentuk pelukan, ciuman, atau ungkapan “Ibu sayang kakak”, memegang tangan, menyanyi bersama dan dengan cara anda menerima mereka seadanya. Jangan risau jika ini adalah pengalaman pertama anda bergelar ibu. Lihatlah senyuman manis anak anda dan percaya anda boleh memberikan yang terbaik untuknya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen