“Dapat Gaji Terus Ingat Mak Ayah” Membalas Jasa Kedua Ibu Bapa Bukan Hanya Dengan Harta Semata-Mata.

Kedua ibu bapa adalah orang yang terpenting dalam kehidupan seorang anak.

Tanpa mereka berdua, tidak lahir kita di dunia….

Tanpa mereka, tidak kenal kita dengan dunia luar…

Tanpa mereka, tidak terdidik kita untuk mengenali pelbagai perkara…

Ibu adalah insan pertama kita cintai kerana selama 9 bulan didalam perutnya, berkongsi makanan, dan mendengar suaranya pada awal pagi sehingga lewat malam.

Bapa adalah lelaki pertama yang mengajar selok-belok dunia, malahan lelaki pertama untuk anak perempuan berlindung dan berkasih sayang.

Sungguhpun kelihatan mampu untuk membalas jasa kedua ibu bapa, namun secara hakikatnya jasa mereka adalah tidak terbalas. Berkemungkinan, anak-anak hanya memikir untuk membalas jasa kedua ibu bapa, cukup memberi duit, harta dan kekayaan. Akan tetapi itu sebenarnya tidak cukup bagi kedua ibu bapa kita, kerana apa yang mereka perlukan adalah kasih sayang.

Ramai anak-anak mampu untuk membalas jasa dengan duit dan harta, namun tidak ramai yang mampu membalas jasa dengan kasih sayang.

Melalui sentuhan…

Melalui pelukan…

Melalui luahan…

Melalui belaian….

Sepertimana ibu bapa pernah melakukan perkara sebegitu semasa kita masih lagi kecil.

Berapa ramai di antara kita mampu untuk mengucapkan ‘I Love You’ pada ibu bapa setiap hari?

Berapa ramai di antara kita mampu untuk mengucapkan ‘Terima kasih mak, ayah…” setiap hari?

Berapa ramai di antara kita mampu mengunjungi dan melawat ibu bapa setelah berumah tangga?

Lebih-lebih lagi pada mereka yang beragama Islam.

Berapa ramai di antara kita berdoa untuk kedua ibu bapa usai sahaja solat?

Berapa ramai di antara kita berdoa mahukan keluarga yang harmoni dan bahagia sehingga selamanya?

Berapa ramai di antara kita menitip nama kedua ibu bapa di dalam doa?

Oleh kerana jasa kedua ibu bapa itu besar sehingga tidak ternilai, malah sangat berharga, jangan lupa doakan kebahagiaan kedua ibu bapa di dunia dan akhirat. Janganlah apabila sebut sahaja tentang membalas jasa kedua ibu bapa, terus ingat tentang duit, harta dan seumpama dengannya.

“Ayah mesti gembira kalau belanja makan…”

“Mak mesti gembira kalau belikan tudung…”

Namun sedemikian, jarang untuk kita berdoa, apatah lagi menjenguk mereka. Bahkan jarang untuk bertanya khabar apabila sudah berkahwin. Memang benar setiap ibu bapa gembira melihat kebahagiaan anak-anaknya. Akan tetapi, bagaimana kita sebagai anak pula mahu melihat mereka bahagia?

Sentiasa Ingat Kedua Ibu Bapa Dimana Sahaja Anda Berada.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen