“Bila Kau Kahwin, Tak Jemput Pun?”

Oleh: Zuzu Yasmine

Majlis perkahwinan adalah satu majlis untuk meraikan pasangan yang baru sahaja menjadi suami isteri, malah ia juga turut dilakukan kerana ingin memberitahu kepada orang-orang yang mengenali mereka bahawa mereka ini telah menjadi suami isteri yang sah. Bukan itu sahaja, majlis ini biasanya akan dilakukan dengan meriah serta dihadiri jiran tertangga, sanak saudara dan rakan yang mengenalinya.

Sebelum melakukan majlis perkahwinan ini, pihak yang berkenaan seperti ibu bapa pengantin dan tuan punya diri sendiri sudah pastilah mempunyai bajet dan jumlah tetamu yang bakal diundang ke majlis tersebut. Apa yang menjadi tidak menyeronokan apabila berlaku kes terasa hati ini, iaitu apabila tuan rumah terlupa untuk menjemput salah seorang yang mengenali mereka.

Maka akan berlakulah seperti sindir menyindir sehingga tuan rumah berasa serba salah. Kita ini manusia biasa, kalau tak lupa itu mungkin mereka ini hanya ingin membuat majlis secara kecil-kecilan sahaja. Mari renungkan sedikit perkongsian dari saudara Harith Faisal, agar nanti tidak mudah sentap apabila tidak terima undangan dari orang yang dikenali.



Isu Kahwin Tak Jemput.

“Anak sulung kau tu dah kahwin ya Senah? Tak ada jemput aku pun.”

“Eh! Kau dah kahwin. Bila tu? Aku tak dapat kad jemputan pun. Sampai hati.”

Kalau orang dah tak jemput, tak perlulah buat ayat macam tu walau sekadar gurauan. Ayat kau macam tu buat dia rasa serba salah.

Sedara bau-bau bacang, jiran kampung 2 marhalah, kawan ofis 20 tahun lepas, senior satu asrama, semua nak dirinya dijemput.

Tapi itulah. Adat dan budaya kita memang macam tu kot. Orang tua, orang muda sama je. Fikir sikitlah apa efek long term dia.

Maka, ramai anak muda dan mak bapak yang akan rasa bersalah untuk buat majlis kecil-kecilan walaupun bajet memang tak ada.



Sanggup meminjam sana sini sebab nak juga jemput beribu orang tetamu. Dah macam satu kewajipan. Risau sangat nanti orang kata,

“Kahwin tak jemput pun.”

Tu belum masuk isu lawan-lawan hantaran siapa lagi tinggi, dulang paling meriah, kanopi paling banyak, pelamin paling mahal.

Kadang-kadang orang tak jemput kau bukan sebab dia lupa, tapi dah lebih kuota jemputan lah tu. Kau jangan nak sentap sangat.

Saya sendiri tak terasa hati kalau orang tak ajak saya ke majlis kahwinnya. Itu hak mereka. Saya okay. Asalkan mereka bahagia.

Majlis kahwin tujuan utamanya nak hebahkan perkahwinan, kan. Jadi, buat saja majlis kahwin sekadar yang kau mampu.

Selebihnya, kau upload gambar nikah sanding outdoor kau kat Facebook dan minta friend dan follower doakan kau baik-baik.

Orang biasa kahwin sekali seumur hidup. Kira special lah. Jadi, kalau kau upload, ramai akan like, ucap tahniah dan tahu kau dah kahwin.

Yang biasa dapat like puluh-puluh pun kalau upload gambar kahwin boleh dapat like ratus-ratus dan ribuan. Hebahan meluas, DONE!

Tapi kalau mak bapak kau dan ramai sangat mak cik, pak cik kau yang request itu ini, kau suruhlah dorang sponsor. Ha! - HF

Nota: Acah-acah kau orang terpenting dalam hidup pengantin tu ya. Padahal kalau dia jemput pun, belum tentu kau datang. Ha!


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen