5 Masalah Dalam Kewangan Yang Boleh Merosakkan Rumah Tangga.

Oleh: Zuzu Yasmine

Masalah kewangan adalah antara faktor utama mengapa sesebauah hubungan tersebut boleh berakhir dengan permusuhan. Berhati-hati dengan kewangan anda dan perlu bijak untuk tangani masalah yang berkaitan dengan kewangan ini, itu pun jika anda tidak mahu hubungan anda itu menjadi tidak harmoni.

Mencegah masalah kewangan daripada berlaku pada masa hadapan adalah perkara yang penting perlu anda lakukan bermula dari sekarang. Jangan berlengah lagi jika perlu menguruskan bab kewangan ini. Ingin tahu bagaimana punca perpisahan kerana kewangan ini? Berikut adalah puncanya.



1. Tiada komunikasi yang baik mengenai kewangan.

Penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan masalah kewangan adalah dengan komunikasi yang baik antara anda dan pasangan anda. Jika anda tidak pernah membincangkan pelbagai masalah kewangan dengan pasangan anda, anda tidak akan pernah tahu apa masalah dan keinginan untuk mendapatkan wang dari pasangan anda.


Jangan cuba menyimpan rahsia mengenai masalah kewangan anda sendirian. Cuba terangkan masalah, atau matlamat anda dalam pengurusan kewangan anda. Dengan adanya komunikasi yang baik, maka pasangan anda akan turut memberi pandangan mengenai pengurusan kewangan anda.


2. Jangan terlalu emosi apabila berkaitan wang.


Ini boleh jadi apabila anda bekerja keras untuk berjimat cermat dalam kegunaan wang, tetapi pasangan anda menghabiskannya dengan membeli telefon pintar baru atau membeli sebuah kereta baru. Ia adalah perkara biasa jika anda marah mengenainya. Walau bagaimanapun, ini bukan langkah yang tepat untuk mengatasi masalah yang telah berlaku.


Adalah lebih baik untuk bercakap dan mula mencari persefahaman bersama pasangan anda mengenai cara membelanjakan wang dan menjimatkan wang. Terangkan kepada pasangan mengenai kepentingan penyimpanan wang dan tidak membazir dalam berbelanja.


3. Tidak mempunyai dana kecemasan.


Anda tidak akan tahu, jika suatu hari anda tiba-tiba terlibat dalam perkara yang tidak diingini seperti kemalangan, kereta yang rosak, atau dibuang dari syarikat. Apabila itu berlaku, kewangan anda akan huru-hara, jika anda tidak mula menyediakan dana kecemasan.


Minta pasangan anda untuk mula mengetepikan wang sebagai dana kecemasan yang boleh digunakan untuk pelbagai keperluan mendesak seperti di atas. Anda disarankan perlu mempunyai dana kecemasan sekurang-kurangnya 6 kali perbelanjaan bulanan keluarga anda.


                          


4. Anda tidak mempunyai simpanan untuk keseronokan anda.


Anda dan pasangan perlu bijak untuk mengetepikan wang untuk kecemasan, masa depan dan juga untuk kerseronokan anda. Hal ini kerana, kehidupan yang perlu anda jalani perlulah seimbang. Tapi ia bukanlah perkara yang boleh membazir secara berlebihan. Mungkin anda boleh berseronok dengan cara yang lebih membahagikan dan menjimatkan.


5. Anda tidak jujur mengenai pengurusan kewangan anda.


Jangan terbiasa menyembunyikan perbelanjaan anda dari pasangan anda, seperti perbelanjaan membeli pakaian, makan mewah di sebuah restoran, dan membeli barang kemas baru. Apabila anda sudah berkahwin, masalah kewangan anda akan menjadi masalah kewangan bersama. Oleh itu, tabiat yang tertutup dan tidak jujur tentang masalah kewangan mesti dikeluarkan dari sekarang.


Anda tidak boleh berfikir, bahawa pasangan tidak perlu mengetahui tabiat belanja dan hutang yang mereka miliki. Cuba berkomunikasi dan biasakan terbuka tentang masalah kewangan dengan pasangan anda. Apabila anda sudah berkahwin, anda dan pasangan anda perlu memahami masalah kewangan antara satu sama lain.


Jangan jadikan kewangan ini masalah utama anda dalam rumah tangga, tapi pastikan bahawa ini adalah perkara yang tidak akan mungkin timbul dalam hubungan anda. Hal ini kerana, sangat tidak berbaloi anda kehilangan seseorang yang dicintai hanya kerana masalah kewangan anda yang tidak dikawal dengan baik.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen