Selain Mahu Terus Berkahwin, Para Graduan Juga Perlu Memikirkan Tips Untuk Menguruskan Duit Sebelum Memulakan Kerja.

Sebagai anak muda yang masih bujang, terutamanya mereka yang bergelar para graduan pasti tertanya-tanya bagaimana untuk menguruskan kewangan setelah habis belajar. Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang dimana sukar untuk mendapat pekerjaan, apatah lagi pendapatan yang sesuai dengan kos sara hidup.

Selain terlalu leka memikirkan hal jodoh dan kahwin selepas habis belajar, jom ikuti 4 tips ini cara untuk menguruskan duit;

1. Pilih kerjaya anda dengan bijak.

Cari peluang kerjaya yang stabil dan luangkan masa untuk belajar bagi meningkatkan nilai diri kepada syarikat. Mungkin ada yang kata, sebagai graduan muda, amat sukar untuk mendapatkan kerjaya impian dengan gaji yang besar serta-merta selepas habis belajar.

Itu memang betul, sebab itulah graduan muda disarankan untuk mencari kerja secepat mungkin dan tidak memilih kerja. Pada peringkat awal, timba pengetahuan dan pengalaman terlebih dahulu walaupun kerjaya yang diceburi masih belum merupakan kerjaya impian.

Dengan pengetahuan dan pengalaman yang semakin bertambah, nilai diri akan meningkat dan ini akan membantu anda untuk mendapatkan kerjaya impian dengan mudah. Selain daripada itu, graduan muda juga perlu berfikiran lebih kreatif dan terbuka, jangan hanya mengejar kerjaya makan gaji sahaja.

Graduan muda seharusnya cuba cipta peluang kerja sendiri dengan menceburi bidang perniagaan dan menjadi usahawan. Kalau betul-betul fokus dan bersungguh-sungguh, pasti perniagaan boleh berjaya.

2. Mulakan dana kecemasan.

Simpan sekurang-kurangnya 3 bulan perbelanjaan untuk situasi yang tidak dijangka.

3. Mulakan pelaburan anda.

Jangan tunggu sehingga anda sudah berusia untuk mula melabur. Semakin awal mulakan pelaburan, semakin banyak hasil yang akan terkumpul nanti hasil daripada compounding power.

Di Malaysia, ada banyak peluang pelaburan yang boleh diceburi untuk menggandakan simpanan. Sebagai permulaan, boleh mulakan dengan pelaburan berisiko rendah seperti unit manah, deposit tetap atau insurans pelaburan.

Pada masa yang sama, tambah ilmu berkaitan setiap peluang pelaburan yang ada dan pilih yang paling terbaik untuk diri-sendiri.

4. Langsaikan hutang anda. 

Rancang pembayaran semula hutang anda dengan teliti seperti hutang pendidikan, kad kredit dan pinjaman peribadi supaya anda tiada lagi hutang apabila mencecah umur 30 tahun. Apabila masuk umur 30 tahun, anda mungkin merancang untuk mengambil pembiayaan pinjaman perumahan pula untuk membeli rumah, jadi amat baik jika pada masa tersebut anda tidak terbeban dengan hutang-hutang lain.

Nanti, rancang juga supaya semua hutang anda dapat diselesaikan sebelum usia persaraan supaya dapat bersara dengan selesa.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen