Buat Mereka Yang Mahu Menjana Pendapatan Dari Rumah, Jom Ikuti Tips Ini.

Pada masa kini, ramai anak muda yang sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Isu ini semakin membebankan apabila ia terjadi pada pasangan yang telah berkahwin, dan memiliki anak. Majoriti pasangan yang telah berkahwin mahu melakukan dua kerja kerana pendapatan yang diperolehi tidak cukup untuk menampung keluarga.

Akan tetapi ada juga sebahagian daripada pasangan yang telah berkahwin, mahu menjana pendapatan daripada rumah kerana boleh menguruskan rumah tangga pada masa yang sama. Tidaklah anak terabai jika membuat kerja diluar rumah.

Namun, terlalu banyak perkara yang berteka-teki di minda, bagaimana mahu memulakan menjana pendapatan di rumah? Jom lihat 5 tips ini;

1. Mulakan bisnes dari rumah.

Ramai orang memulakan bisnes dari rumah, dan apabila bisnes berkembang barulah berpindah ke ofis. Usah terikut-ikut dengan orang lain yang ghairah mempunyai pejabat besar pada awal bisnes.

Tapi apa bisnes dari rumah? Anda boleh mulakan dengan dropship. Ni antara bisnesyang biasa untuk mereka baru nak berjinak dengan bisnes. Dropship antara permulaan untuk anda belajar selok belok bisnes. Anda boleh mula jadi dropship untuk produk yang anda suka dan dah pernah guna produk tersebut.

Anda juga boleh jual barangan terpakai yang ada di dalam rumah anda. Sekarang banyak platform aplikasi yang boleh jual barangan terpakai seperti baju yang masih elok.

2. Buat Bisnes Berdasarkan Kemahiran Yang Ada.

Jika anda pandai memasak, buat bisnes makanan. Jika sedap pasti ada pelanggan. Bisnes ini tidak memelukan modal yang besar.

Bagi yang tak pandai memasak, tetapi pandai menulis boleh juga guna kemahiran anda itu. Kalau anda yg jenis suka menulis, apa kata guna skill anda tu untuk buat income. Boleh kata bisnes ni hampir tak ada kos. Guna skill sahaja iaitu jadi penulis upahan atau ‘ghost writer’.

3. Mulakan Secara Separuh Masa.

Usah berhenti kerja untuk memulakan bisnes. Mulakan dulu bisnes sewaktu bekerja. Untuk “set-up” bisnes, tak perlu berhenti kerja sepenuh masa. Gunakan waktu malam atau rehat untuk buat bisnes. Sewaktu bekerja, anda tidak tertekan. Anda boleh gunakan waktu ini untuk berfikir dan merancang.

4. Perniagaan Produk Makanan.

Di Malaysia, perniagaan produk makanan semakin mendapat tempat di hati masyarakat.  Bisnes jualan makanan boleh dilakukan di rumah, kedai atau pun di kiosk.  Ada juga usahawan yang menjual produk mereka di pasar tani dan pasar malam.  Di pasar raya besar juga sudah banyak yang turut membekalkan produk makanan yang halal.

Produk makanan yang sentiasa laris di pasaran terdiri daripada produk konfeksioneri seperti roti, kek dan biskut.  Serta produk sejuk beku contohnya karipap, nugget, bebola ikan, daging atau ayam, popia, sosej, daging kisar dan pau segera.

Anda juga boleh berniaga buah potong menggunakan motorsikal untuk senang bergerak mencari port orang ramai. Selain buah anda boleh juga jual air minuman. Jual air RM1 secawan depan sekolah masa pelajar pulang (2 kali sehari) iaitu sekolah biasa pada pukul 1 hingga 2 petang dan sekolah agama pukul 5 hingga 6 petang.

5. Jadi Orang Tengah.

Bisnes ni merujuk pada bisnes makan atas angin atau ambil komisen. Kerja anda hanya promote dan deal. Kiranya jadi orang tengah la.

Tak tahu nak buat? Begini caranya .Jika anda minat berkaitan pengubahsuaian rumah tapi tiada kepakaran. Anda boleh deal dengan orang yang sediakan servis renovation. Dari situ, anda hanya ambil komisen dari situ tanpa perlu buat kerja sangat. Mudahkan? Kerja anda hanya buat promosi dan deal sampai jadi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen