Jangan Pernah Ada Alasan Untuk Menyimpan Wang.

Ramai sahaja dikalangan kita sukar untuk menyimpan wang, kerana terdapat pelbagai alasan, termasuklah sebab berpendapatan kecil, terlalu banyak komitmen dan pelbagai beribu alasan lagi. Alasan sebeginilah yang akan menyebabkan anda semakin lama, semakin terlambat untuk menyimpan dan akan menjurus berasa sedikit kesal apabila mampu berfikiran dengan matang di kemudian hari.

Mengapa perlu ada pelbagai alasan, jika dengan menyimpan wang mampu memberi kemudahan pada masa hadapan?

Mengapa perlu ada pelbagai alasan, jika dengan menyimpan wang membuatkan anda tidak bergantung harapan pada orang lain?

Ikuti nasihat dan perkongsian dari saudara Harith Faisal ini…

********

Masa bujang, tak dapat simpan duit sebab katanya gaji kecil. Dah kahwin, tak dapat simpan duit sebab katanya bila dah berdua ni makin banyak keluar belanja, dah tak boleh sewa bilik, kena sewa satu rumah. Kampung pun ada dua dah. Kos lagi….

Bila dah ada anak, tak dapat menyimpan juga sebab bertambah-tambah komitmen dengan susu, pampers, pengasuh, toys. Sampai ke tualah macam tu. Nasib baik ada potongan EPF setiap bulan. Kalau tak, memang ramailah yang bersara miskin papa kedana….

Banyak kali dah kau naik gaji, tapi kau tetap tak dapat simpan duit setiap bulan. Gaji RM3,000 naik jadi RM3,200. Patutnya simpanan kau akan bertambah RM200 lah, kan….

Mesti ada sebab musababnya. Pertama, mungkin sebab bila gaji kau naik, komitmen kau pun ikut naik. Kedua, mungkin gaji kau naik slow sangat, tak dapat lawan inflasi….

Kalau dah lebih 3 kali naik gaji, tapi simpanan kau masih lagi kosong, jangan peliklah walau dah 10 tahun bekerja pun, kau masih belum beli rumah pertama….

Langkah pertama untuk beli rumah adalah kena buat simpanan bulanan konsisten selama 2 tahun. Simpanan bulanan tu lebih kurang sama dengan ansuran bakal rumah kau….

Katakan nak beli rumah dengan pembiayaan bank RM200,000. Bulanan lebih kurang RM1,000. Kau dah simpan RM1,000 sebulan selama 2 tahun, kau dah ada RM24,000….

Hampir cukuplah modal untuk kau beli rumah. Sebenarnya tak cukup sangat pun. Ha! Jadi, kau keluarkanlah duit daripada akaun 2 KWSP kau. Masa ni lah kau patut guna….

Pasal simpanan konsisten selama 2 tahun tu, tujuannya bukan setakat nak dapatkan modal tau, tapi sebagai latihan dan nak naikkan tahap konfiden kau untuk beli rumah juga….

Okay, itu sahaja yang saya nak kongsikan. Idea ringkas, tapi ramai yang terlepas pandang. Simpanan konsisten sebelum beli rumah dan KWSP akaun 2 sebagai penyelamat….

Bye! - HF

******** 

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen