10 Tanda Dan Bukti Kamu Miliki Suami Yang Hebat.

Oleh: Rafi

Siapa yang tidak suka jika miliki suami yang boleh dibanggakan? Anda pasti suka jika si suami selalu ada ketika anda perlukannya dan boleh membantu untuk mengatur rumah tangga. Untuk ketahui adakah anda miliki suami yang hebat, cuba perhatikan 10 tanda dan bukit berikut.



1. Berkomunikasi baik dengan kamu.

Si suami tahu bahwa dia tidak hidup secara sendiri. Pendapat dari kamu juga penting wahai isteri. Disebabkan itulah mengapa dia tidak mengabaikan komunikasi yang baik dengan kamu. Dia berbicara dan mendengarkanmu, tahu bila harus berbicara dan bila harus diam.

2. Dia suka menghabiskan waktu dengan kamu.

Suami lebih suka menghabiskan waktunya dengan kamu. Ia merasa tenang dan tidak risau waktunya terbuang begitu sahaja andai bersama kamu. Tidak kira apa jua aktiviti yang anda lakukan, jika dilakukan bersama, ia tetap menyenangkan.



3. Membuatkan kamu tersenyum wahai isteri.

Siapa yang tidak suka pada lelaki yang lucu? Lelaki yang lucu selalunya menarik. Dia tahu bila ketikanya jadi orang yang lucu dan gila dalam waktu bersama anda. Ketika anda dalam keadaan kecewa atau sedih, dia tahu bagaimana cara mengembalikan mood kamu serta mengembalikan senyuman kamu.

4. Suami yang menyokong.

Dia ada ketika anda susah dan senang. Dia menyokong anda untuk mencapai cita-cita anda dan percaya bahwa anda mampu untuk melakukan semuanya. Si suami tidak akan cuba untuk membatasi apa yang ingin kamu lakukan selama ianya positif. Suami yang baik adalah suami yang menyokong apa pun yang boleh menjadikan diri kamu sendiri dan merasa bahagia.

5. Mengajar sesuatu yang dia tahu.

Dia tidak jadi orang yang ego dan tidak lokek akan sesuatu yang dia tahu. Jika si suami tahu akan sesuatu dan kamu ingin pelajarinya, dia dengan suka relanya akan mengajarkanmu. Begitu juga sebaliknya.



6. Seorang yang setia.

Lelaki mana yang tidak suka melihat wanita cantik? Semua pasti akan tergoda. Tetapi suami yang hebat tahu akan batasnya. Si suami cukup sekadar untuk mengagumi sahaja dan tidak lebih. Hatinya tetap tertambat untuk kamu dan kamulah wahai isterinya yang tetap cantik.

7. Mengaku bersalah.

Tidak ada orang yang selalu benar. Bahkan suami yang menjadi pemimpin rumahtangga adakalanya melakukan kesilapan. Dia sedar bahwa dia manusia biasa dan mengakui kesalahanya dan akan memastikanya ia tidak berulang kembali.

8. Menjaga dan mengambil berat tentang kamu.

Dia akan memastikan keselamatan dan kesihatan keluarganya. Si suami selalu memesan untuk berhati-hati dan jaga diri. Selalu telefon dan menanyakan khabar. Salah satu keutamaannya adalah memastikan isteri dan akaknya baik -baik sahaja.



9. Paham diri kamu.

Tidak susah untuk mengetahui apa yang kamu suka dan tidak. Apa makanan atau warna kegemaran kamu. Dia boleh memahami diri kamu walaupun ianya sesuatu yang susah baginya. Bukan itu sahaja, dia juga tahu apa yang membuatkan kamu marah dan bahagia serta menerima kamu seadanya.

10. Tidak memandang rendah.

Dia tidak menganggap lelaki sahaja unggul dalam segala hal hingga memandang rendah kepada kamu wahai isteri. Apa ertinya pernikahan jika pernikahan hanya dipenuhi anggapan negatif terhadap pasangan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen