Buat Wanita, Siapa Lebih Perlu Diutamakan, Ibu Bapa Mertua Atau Ibu Bapa Sendiri?

Oleh: Zuzu Yasmine

Selepas sahaja sah menjadi seorang isteri, wanita itu perlu mematuhi dan mentaati suaminya. Manakala, suaminya masih lagi perlu mematuhi dan mentaati ibunya. Sering menjadi tanda tanya dan salah faham adalah, isteri kepada suami terbabit juga perlu mentaati ibu kepada suaminya sehinggakan mengabaikan ibu bapa kandungnya. Adakah selepas si isteri berkahwin, maka tanggungjawabnya hanya tertumpu kepada suami dan keluarga mertua sahaja? Mari ketahui penjelasannnya.



Soalan:

Kalau isteri kewajiban terhadap suami nombor satu, ibu bapa mertua lebih utama dari ibu bapa sendiri kan? Kalau suami pulak ibu lebih utama dari isteri kan? tapi nafkah itu memang isteri la yang mesti diutamakan.. kan? Tapi kebajikan ibu bapa takleh diabaikan.

Jawapan:

Tiada dalil menyatakan sedemikian rupa. Yang banyak ialah keutamaan ibu bapa kandung untuk ditaati si anak.

Bayangkan jika sepasang ibu bapa hanya ada seorang anak perempuan atau semua anaknya perempuan dan mereka sudah berkahwin. Bayangkan jika semua anak perempuannya lebih utamakan mertua berbanding ibu bapa kandung sendiri.

Usah kita mengajar ajaran-ajaran mengarut sebegini. Suami ada tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapanya. Isteri juga ada tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapanya sendiri. Ya, kita perlu berlaku ehsan kepada mertua kita. Akan tetapi menyatakan mertua isteri lebih utama daripada ibu bapa sendiri adalah sesuatu yang tiada asasnya.

Wallahua’lam. Jazakumullahu khair.



Di bawah saya kongsikan fatwa yang sama seperti yang ustaz jawab di atas.

Kewajipan Seorang Isteri: Berkhidmat Kepada Mentua?

Assalamualaikum.

Tersebar dalam masyarakat bahawa apabila seorang Muslimah sudah berkahwin, maka secara automatik ibu bapa suami iaitu mentua kepada si Muslimah tadi menjadi lebih utama kepada Muslimah tersebut berbanding ibu bapa Muslimah itu sendiri. Benarkah hal ini.

Jawapan:

Di sini, diringkaskan fatwa daripada www.islamqa.com yang diketuai oleh Shaikh Salih al-Munajid:

1. Tiada sebarang dalil menunjukkan kewajipan seorang Muslimah untuk berkhidmat kepada mentuanya.

2. Seorang isteri hendaklah melayani mentuanya dengan baik atas dasar ihsan selagi mana ia di dalam batas kemampuannya.

3. Suami hendaklah sedar akan hal ini bahawa dia tidak berhak memaksa isterinya untuk berkhidmat kepada ibu bapanya, dan si isteri tidak wajib melakukannya walau disuruh oleh si suami. Ini kerana ia bukan kewajipan yang terhasil apabila akad nikah berlaku.

4. Dalam masa yang sama, Muslimah juga dinasihati untuk memberikan khidmat yang mampu kepada mentua kerana satu masa nanti mereka juga akan menjadi ibu, dan akan mempunyai menantu, dan akan tiba saatnya mereka pula memerlukan bantuan menantu mereka.

5. Seorang suami hendaklah sedar bahawa hubungan mereka adalah hubungan suami isteri, dan bukannya hubungan seorang tuan dengan hambanya.

Wallahua’lam.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen