Jadikan Aktiviti Cat Rumah Sebagai Aktiviti Gotong Royong Bersama Keluarga.

Pada zaman sekarang, sukar untuk kita melihat ahli keluarga melakukan aktiviti gotong-royong bersama pada hari minggu. Ini kerana kebanyakan daripada kita mengupah pembantu rumah untuk menolong melakukan kerja-kerja rumah. Disamping mengemas rumah seperti membuang sampah atau barang yang tidak digunakan lagi, mengecat rumah juga adalah aktiviti gotong-royong yang menyeronokkan.

Walaupun, pada masa kini mengecat rumah seolah-olah out dated kerana majoriti daripada kita menggunakan wallpaper, namun ia boleh dijadikan aktiviti bersama keluarga untuk mengeratkan hubungan. Pasti ramai sahaja berteka-teki, asalkan hujung minggu pasti tiada aktiviti mahu dibuat.

Jadi, jom lakukan aktiviti ini bersama keluarga dan ikuti tips mengecat ini…

Berikut beberapa tips berkaitan memilih warna cat ruang tamu yang tepat buat kediaman anda. Mungkin ia dapat membantu anda mencari inpirasi untuk menerapkan warna cat yang sesuai buat ruang tamu kediaman anda.

1. Pilihlah warna yang mampu memberikan kesan hangat, ghairah, energy dan penuh kasih sayang. Warna-warna sebegini akan membuatkan suasana ruang tamu menjadi lebih akrab ketika dikunjungi tetamu. Antara warna hangat yang disyorkan buat anda ialah warna coklat, oren, kuning dan peach.

Warna Cat Ruang Tamu - women online magazine (2)

2. Untuk memberikan suasana yang sejuk di dalam ruang tamu, pilihlah warna hijau, warna cat biru dan warna ungu. Ketiga-tiga warna ini akan memberikan suasana sejuk serta efek ruang tamu yang lebih luas, lapang dan lebih lebar. Tentunya keadaan ini akan memberikan keselesaan buat anda dan tetamu. Warna tersebut juga memberikan kesan yang luas untuk ruang tamu anda yang sempit.

Warna Cat Ruang Tamu - women online magazine (3b)

3. Bagi anda yang ingin mendapatkan suasana neutral di ruang tamu, anda disarankan memilih warna-warna neutral seperti putih, krim dan beige lembut. Warna-warna sebegini sangat popular dan lebih menenangkan, terutama bagi anda yang tidak tahu skema warna atau tidak mempunyai konsep warna yang jelas untuk ruang tamu.

Warna Cat Ruang Tamu - women online magazine (1b)

Jika mahu mengecat di ruang kamar tidur pula, anda boleh mengikuti tips ini;

1. Biru Muda.

Warna Cat Bilik Tidur 1 - Woman Online Magazine

Warna biru muda pada dinding bilik tidur akan memberikan kesan tenang, sejuk dan harmoni. Jika ingin bilik tidur anda berasa sejuk, pilihlah warna biru muda.

2. Putih.

Modern White and Cream Interior Design of Bedroom

Ini adalah warna cat bilik tidur yang biasa kita lihat hampir di setiap kediaman. Warna putih akan membuatkan penampilan bilik tidur anda kelihatan lebih ringan dan cerah. Jika anda menyukai kelengkapan tidur daripada furniture kayu, warna cat bilik tidur putih akan membuatkan kelengkapan tersebut nampak lebih ‘kelas’.

3. Ungu Cair.

Warna Cat Bilik Tidur 3- Woman Online Magazine

Warna ungu cair atau ungu muda menciptakan kesan elegan dan romantik. Bagi mendapatkan tidur malam lebih selesa dan berkualiti, jangan teragak-agak untuk memilih warna ungu muda . Warna ini sering digunakan dalam design rumah minimalis.

4. Merah Jambu.

Warna Cat Bilik Tidur 4- Woman Online Magazine

Warna merah jambu atau pink, sangat dominan, mampu memberikan kesan segar dan lembut. Aplikasikan dengan furniture yang “wall to wall” untuk menjadikan bilik tidur anda nampak kemas dan modern. Bilik tidur dengan warna ini sesuai buat anda yang berjiwa lembut dan feminin.

Selamat Mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen