Cara-Cara Berhadapan Dengan Sindiran Ipar Duai.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang tidak akan begitu sempurna di mata sesiapa pun. Jadi sudah pastilah kekurangan anda itu akan dilihat oleh orang lain. Apabila sudah berkahwin, anda mungkin menjalani satu kehidupan yang baru serta ditambah beberapa ahli keluarga baru. Terutama keluarga pasangan anda, seperti ibu bapa mertua, adik ipar serta biras anda.

Anda mungkin boleh sebulus dengan ipar duai anda ataupun sebaliknya. Jadi mungkin akan berlaku sindir menyindir apabila mereka ini tidak suka akan kelebihan atau kekurangan anda. Jangan cepat melatah, perkara sebegini akan berlaku di mana-mana sahaja. Apa kata anda cuba beberapa tips ini untuk berhadapan dengan mereka yang suka menyindir ini.



1. Jangan mudah ambil hati.

Perkara yang paling selalu dilakukan adalah jangan terlalu mudah untuk ambil hati dengan setiap kata-kata mereka ini. Kalau boleh apa pun yang mereka cakapkan itu anda biarkan sahaja. Jangan mudah untuk ambil hati dengan setiap kata-katanya, nanti makin suka mereka kenakan anda. Setiap kata yang dilontarkan itu walaupun sakit, cuba abaikan dan jangan simpan dalam hati. Kalau anda simpan nanti jadi lain pula.

2. Jangan ada niat ingin membalasnya.

Apa yang mereka lakukan terhadap anda itu jangan penah anda membalasnya. Kalau anda cuba membalasnya, ia mungkin akan menjadi lebih parah. Anda perlu yakin setiap perbuatan itu ada balasannya yang tersendiri. Jadi biarkan sahaja mereka terus berkata apa-apa sahaja tentang anda. Selagi anda dan pasangan anda tahu kalian berada di pihak yang betul.

3. Tidak perlu beritahu pasangan.

Biasanya kalau anda melibatkan pasangan anda, ia akan membuatkan perkara tersebut semakin keruh. Maka dengan itu, cuba untuk elakkan beritahu pasangan anda. Kalau sekadar berkongsi dan luah perasaan itu mungkin boleh. Tapi jangan biarkan pasangan anda ikut campur akan hal sebegini. Nanti hubungan mereka sekeluarga akan mula renggang pula.



4. Buat hal sendiri.

Perkara yang terbaik adalah anda lakukan hal anda sendiri. Jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata dari mereka. Anda mungkin lakukan aktiviti yang menyenangkan seperti membantu ibu bapa mertua anda, ataupun berbual kosong bersama ibu mertua anda. Jangan hanya duduk di dalam bilik sahaja, ia pasti akan cuba menyindir anda lagi.

5. Lihat kelemahan diri.

Sambil-sambil itu, apa kata anda cuba lihat kelemahan diri anda. Cuba cari apa yang mereka tidak suka mengenai anda dan cuba perbetulkan. Mungkin, anda anda mengecilkan hati mereka tanpa anda sedari, sebab itulah mereka sebegitu.

Apa-apa pun, mereka itu adalah keluarga anda, baik buruk mereka anda perlu terima seadanya. Selagi anda dan pasangan hidup bahagia, selagi itulah anda abaikan apa yang mereka katakan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen