Jika Anda Mempunyai Konflik Dengan Ibu Bapa, Berbincanglah Dengan Baik.

Menjadi anak muda remaja, jiwa sentiasa memberontak. Seolah-olah tiada siapa dapat memahami perasaan anda ketika itu termasuklah kedua ibu bapa. Semua orang di sekeliling anda, dirasakan begitu benci dan menyampah, malah lebih baik anda menyelesaikan masalah seorang diri dan berseorangan. Ketika inilah berlakunya gejala sosial dan pergaulan tidak terjaga antara lelaki dan perempuan.

Dalam kekeluargaan ini, kedua ibu bapa adalah penting untuk anak-anak, termasuklah untuk meneladani setiap tindak-tanduk ibu bapa. Sama ada pengaruh baik atau pun tidak, ia terpulang pada cara didikan ibu bapa. Jika baik, baiklah hasilnya. Jika tidak baik, mungkin ada salah silap dalam cara didikannya.

Akan tetapi, agak sukar apabila seorang anak mahu melakukan sesuatu perkara yang bakal merosakkan hubungannya dengan Allah SWT.

Sebagai contoh, mungkin boleh sahaja terjadi terlalu penat ketika melancong dan tidak melakukan solat. Apabila melancong lebih dari 2 marhalah bersamaan dengan 58 batu atau 89km, kita boleh sahaja melakukan solat Jama’ atau solat Qasar. Namun, sekiranya solat ini juga culas untuk dilakukan, ia bakal merosakkan hubungan dengan Allah.

Sebagai contoh lain dimana anak berasa ia adalah isu yang besar, akan tetapi tidak pada mata ibu bapa kerana sudah terbiasa iaitu;

Adalah mendedahkan aurat seperti tidak memakai stoking, menyinsing lengan baju, tidak memakai tudung apabila bersama sanak-saudara yang bukan mahram.

Kemudian bersalaman dengan mereka, tidak kisah bertepuk tampar, kerana sudah terbiasa dan hanya anggap ahli keluarga sahaja. Namun, pergaulan sebeginilah yang mahu dijaga, dan perlu dimulai dalam keluarga sendiri.

Ia pasti menjadi konflik pada anak-anak yang mungkin dihantar untuk belajar ke sekolah agama, namun keluarga sendiri tidak praktikkan Islam dalam keluarga sendiri. Sebagai anak sudah pasti berasa ragu-ragu untuk menegur ibu bapa sendiri, malah hanya mendiamkan diri sahaja kerana takut dimarahi oleh ibu bapa.

Oleh kerana itu, setiap konflik dengan ibu bapa seharusnya adakan perbincangan. Janganlah terus meluahkan perasaan pada sahabat atau rakan sebaya dimana mereka juga sedang mengalami masalah keluarga. Tambahan lagi, rakan-rakan sebaya ini mungkin tidak boleh dipercayai. Sekiranya masalah ini dikongsi pula dengan adik-beradik mereka, kedua ibu bapa mereka, ia sudah termasuk mengaibkan ibu bapa sendiri.

Hati-hati.

Oleh kerana itu, jika terlalu takut untuk berbincang, jangan terus meluahkan perasaan dan masalah pada mereka yang tidak amanah. Hati dan perasaan manusia ini tidak boleh ditelek dan dibaca. Maka, luahkan pada mereka yang lebih tua, berpengalaman seperti ahli agamawan atau ahli kaunselor.

Tetapi seeloknya, berbincang dengan ibu bapa terlebih dahulu supaya alasan dan hujah kedua-dua belah pihak dapat disampaikan dengan harmoni dan kasih sayang. Sebagaimana diketahui, prinsip Syura ialah prinsip asas dalam Islam dan akan menatijahkan hasil yang baik bagi pihak-pihak terlibat.

Sebaliknya, pertentangan akibat sikap tidak bermesyuarat pula membawa kepada kekeruhan hubungan dan kesan negatif yang lain. Bahkan, sikap sentiasa berbincang juga ialah tanda kebaikan dan hormat kepada ibu bapa.

Sebagai ibu bapa juga, jangan ego pada anak-anak untuk tidak menerima pendapat mereka. Lakukan yang terbaik untuk ahli kleuarga yang membawa kepada rukun rumah tangga. Seperti sabda Rasulullah SAW, Riwayat ‘Aisyah r.a:

 خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي

Maksudnya: Sebaik-baik kalian ialah yang bersikap baik dengan ahli keluarganya, dan aku ialah orang yang terbaik daripada kalangan kamu terhadap keluargaku.

[Hadis riwayat al-Tirmidzi (3895) dalam Sunan. Beliau berkata: hadis hasan sahih.]

Wallahua`lam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen