Mengapa Kita Perlu Ada Simpanan Kecemasan?

Oleh: Zuzu Yasmine

Kadang kala orang hanya memandang remeh terhadap simpanan kecemasan ini. Mana tidaknya, bagi mereka wang yang ada itu sememangnya untuk kegunaan dalam masa satu bulan, jadi apabila bulan seterusnya mereka akan memperolehi wang yang lain.

Wang simpanan kecemasan ini banyak kepentingannya yang ramai orang tidak tahu. Ia bukannya untuk kegunaan dalam masa darurat sahaja, malah ia juga dianggap simpanan kedua yang boleh anda keluar dan ambil wang tersebut. Berikut adalah sebab-sebab mengapa wang simpanan kecemasan ini penting.



1. Apabila mempunyai satu sumber pendapatan.

Jika anda hanya mempunyai satu sumber pendapatan sahaja, maka anda sememangnya memerlukan simpanan kecemasan ini. Simpanan kecemasan ini akan membantu anda apabila sesuatu yang berlaku tanpa dijangka kepada anda, keluarga mahupun kenderaan anda. hal ini kerana, anda tidak akan tahu bila perkara tersebut akan berlaku dan mana tahu ia akan berguna untuk anda apabila sudah tidak berkerja.

2. Apabila anda seorang peniaga atau berkerja sendiri.

Seseorang yang berkerja sendiri atau peniaga biasanya tidak mempunyai KWSP yang mampu membantu mereka untuk menyimpan wang. Jadi di sinilah perlunya simpanan kecemasan. Apabila sesuatu berlaku kepada perniagaan atau perkerjaan anda, maka anda mempunyai simpanan yang boleh anda gunakan sebagai modal ataupun menampung kehidupan anda.

3. Apabila anda mempunyai rumah sendiri.

Dengan duit simpanan anda boleh memiliki rumah sendiri dan dengan menggunakan simpanan kecemasan ini anda boleh baik pulih keadaan rumah anda. Sebagai contoh anda boleh melakukan ubah suai atau penyelengaraan rumah anda. Anda boleh menggunakan wang ini untuk membaiki bumbung rumah anda yang bocor, membaiki penghawa dingin ataupun apa sahaja kerosakan pada rumah anda. Perkara sebegini anda tidak boleh simpan dalam masa sebulan.



4. Apabila anda hidup jauh dari keluarga.

Buat mereka yang tinggal jauh daripada keluarga, anda memerlukan kos yang banyak untuk pulang ke kampung halaman anda. Sudah tentulah anda perlu mengira minyak petrol anda, tol serta pelbagai lagi jika anda pulang ke kampung. Oleh sebab itu, anda perlukan simpanan kecemasan untuk perkara-perkara yang tidak dijangka belaku di kampung nanti.

5. Apabila anda mempunyai masalah kesihatan.

Walaupun anda mempunyai medical card, tapi itu mungkin tidak akan mencukupi apabila anda berhadapan penyakit yang serius. Dan medical card juga mempunyai had tertentu bahkan ia tidak melindungi penyakit yang tertentu. Jadi kemungkinan anda memerlukan wang simpanan kecemasan untuk merawat penyakit anda itu nanti.

6. Untuk matlamat anda.

Wang simpanan ini bukan sahaja boleh gunakan ketika kecemasan sahaja, malah ia juga boleh digunakan untuk anda pergi bercuti, membeli kenderaan, membuat modal perniagaan dan juga dana pelajaran anak-anak anda. Jadi, dengan mempunyai simpanan, ia akan memudahkan anda kelak.

Jangan pandang remeh terhadap simpanan ini, hal ini kerana anda tidak akan menjangka apa yang akan berlaku dalam hidup anda. Adalah lebih baik jika anda menyediakan payung sebelum hujan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen