Berat Badan Anda Mudah Naik, Jika Lakukan 5 Perkara Ini Pada Waktu Pagi. Hati-Hati!

Untuk menjaga berat badan, sudah tentu anda akan menjaga dan mengawal pemakanan anda. Malah melakukan senaman dan bersukan pada waktu-waktu tertentu. Namun, selain daripada itu setiap perbuatan atau tindakan anda setiap hari juga boleh menentukan sama ada berat badan anda mudah turun atau tidak.

Jadi, perkara apa yang mungkin anda tidak telah lakukan mampu untuk membuat berat badan anda naik? Jom kita lihat….

1. Tidur Terlalu Lama.

Tidur lebih dari 10 jam sehari mampu menambah berat badan. Ini kerana, tidur terlalu lama dapat merosak metabolisma tubuh. Bukan itu sahaja, orang yang tidur dari 10 jam sehari memiliki indeks jisim tubuh yang lebih tinggi berbanding yang hanya tidur 7 hingga 8 jam setiap malam.

2. Tidak Kemas Tempat Tidur.

Menurut hasil kajian National Sleep Foundation di Amerika, kamar tidur yang rapi dan bersih akan menjadikan pengalaman tidur kamu lebih berkualiti. Tidur yang cukup pasti akan membuat peratusan seseorang untuk diserang obesiti lebih rendah.

Ini kerana, orang yang rajin biasanya akan memiliki disiplin dan gaya hidup lebih teratur. Makanya bila gaya hidup sihat, pemakanan yang diamalkan sudah tentulah berpada berlandaskan keperluan dan bukannya nafsu semata!

3. Mengelak Matahari.

Sepatutnya, sebaik bangun diri tidur, kamu perlu cergas dan lekas bersenam, seperti orang barat selalu lakukan.

Menurut kajian, orang yang terkena cahaya matahari di waktu pagi akan cenderung memiliki BMI rendah berbanding mereka yang tak suka terdedah pada matahari. Bersidai bawah matahari 20 – 30 minit sehari sudah cukup untuk menjaga kestabilan BMI kamu tau?!

4. Lupa Sarapan.

Ramai di antara kita ambil mudah terhadap sarapan sedangkan pengambilan sarapan sebenarnya bantu tubuh untuk jadi kurus tau! Seperti gadis Jepun, mereka menganggap sarapan seperti makan tengahari. Jadi, makanlah sarapan sebanyak mungkin sampai kenyang dengan hidangan berat seperti telur, nasi, ikan bakar dan sebagainya.

5. Malas Timbang Badan.

Ni lah masalah orang kita. Nak diet, nak kurus, tapi jarang peka tentang perubahan diri terutamanya turun naik berat badan. Tahukah kamu, berat badan adalah pada paras original ketika waktu pagi. Jadi kalau hendak timbang badan, sebaiknya lakukan pada subuh hari kerana itulah berat kamu yang sebenar. Dari situ, barulah boleh kawal pengambilan makanan dan sebagainya.

Jadi, ubahlah gaya hidup anda untuk menjadi lebih sihat disamping dapat menurunkan berat badan anda. Selamat mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen