Bagaimana Jintan Manis Boleh Menurunkan Berat Badan Anda? Jom Ketahuinya.

Jintan manis adalah herba-herba yang sering digunakan oleh para isteri untuk menambah perasa di dalam makanan. Ia bukan sahaja baik untuk kesihatan, malah boleh untuk menurunkan berat badan anda.

Jintan manis ini kaya dengan vitamin A, B, dan C, garam galian seperti fosforus, zat besi, magnesium, mangan, potassium & kalsium, sid amino, serat yang tinggi dan rendah dengan kalori. Oleh itu, jom ketahui bagaimana jintan manis ini boleh membantu anda untuk menurunkan berat badan;

1. Melangsingkan badan.

Khasiat jintan manis yang paling terkenal ialah untuk melangsingkan badan. Jintan manis membantu membakar lemak, meningkatkan kadar metabolisma, dan menurunkan berat badan anda dengan cepat. Anda perlu minum teh jintan manis sekurang-kurangnya 3 kali sehari sebelum mengambil makanan berat.

Namun harus diingat, untuk mendapat kesan yang optimum dari teh jintan manis ini, anda perlu menjaga pemakanan dan melakukan senaman. Cara untuk membuat teh jintan manis ialah:

Bahan-bahannya:

  • 1 sudu besar jintan manis.
  • 1 sudu besar halba.
  • 1 biji lemon.
  • 1 batang kulit kayu manis.
  • 1 inci halia.
  • 1 batang serai.
  • 1 keping asam gelugur.
  • 3 sudu besar madu asli.

Cara-caranya:

  • Hiris lemon nipis-nipis.
  • Ketuk halia dan serai.
  • Cuci semua bahan sehingga bersih.
  • Masukkan semua bahan kecuali madu ke dalam periuk yang berisi air.
  • Rebus sehingga mendidih.
  • Tunggu sehingga suam.
  • Masukkan madu.
  • Minum satu cawan 3 kali sehari sebelum mengambil makanan berat.
  • Air yang selebihnya boleh disimpan didalam peti sejuk. Apabila nakn diminum, keluarkan sedikit dan panaskan.

2. Membuang toksin dari badan.

Jintan manis juga boleh digunakan untuk membuang toksin yang terkumpul dalam badan. Di antara tanda badan anda mengandungi terlalu banyak toksik ialah selalu penat, mudah mengantuk, berasa malas, tidak bertenaga, dan tidur yang tidak lena. Jika anda mempunyai simptom-simptom yang dinyatakan, anda boleh detox dengan cara:

  • Sangai 2 sudu besar jintan manis.
  • Biarkan sejuk.
  • Kisar sehingga halus.
  • Campurkan dengan 1 gelas air suam.
  • Minum sebelum tidur.

3. Menghilangkan selulit.

Pes jintan manis juga boleh digunakan untuk menghilangkan selulit degil pada kulit anda. Caranya ialah:

  • Kisar kering 1 sudu besar jintan manis sehingga menjadi serbuk.
  • Campur dengan sedikit air sehingga menjadi pes. Jangan terlalu cair.
  • Sapukan pada kulit yang mengalami masalah selulit.
  • Biarkan sehingga kering.
  • Lakukan satu kali sehari. Sekiranya anda konsisten, pasti akan mendapat kesannya.

Jika diamalkan berterusan, kita akan merasa manfaat dan kebaikannya pada tubuh badan. ia mampu membuang keracunan dlm badan kerana bertindak sebagai tonik semulajadi yg membersih darah, buah pinggang, paru-paru dan limpa. Untuk kesan yang terbaik perlu istiqamah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen