Kenapa Beras Perang Baik Untuk Kesihatan Anda? Jom Baca!

Jika sebelum ini, anda dan ahli keluarga sering amalkan dengan beras biasa, cuba tukar pula kepada beras perang kerana ia memberi banyak manfaat untuk diri anda dan sekeluarga. Ia bukan sahaja baik untuk kesihatan, ia juga mampu mengekalkan berat badan anda menjadi seimbang jika anda ingin menjaga pemakanan.

Jom lihat 15 manfaat ini;

1. Membantu sistem penghadaman berfungsi dengan lebih baik.

Beras perang mengandungi serat mudah larut yang membantu menyerap air didalam usus dan membantu sistem penghadaman anda berfungsi dengan lebih baik. Sistem penghadaman yang berfungsi dengan baik akan memastikan perut anda berada dalam keadaan yang sihat.

2. Mengelakkan sembelit.

Kebolehan serat mudah larut yang terdapat dalam beras perang untuk menyerap air dalam usus membantu mengelakkan najis anda daripada menjadi keras, sekali gus melawaskan dan mengurangkan sembelit.

3. Mengurunkan risiko kanser kolon.

Serat mudah larut, fenol, & kandungan selenium yang tinggi dalam beras perang dikatakan membantu menurunkan risiko anda mendapat kanser kolon. Apabila sistem penghadaman & pencernaan anda berada dalam keadaan yang sihat, peluang anda untuk mendapat kanser kolon juga akan menurun.

4. Menurunkan risiko kanser payudara.

Selain mengurangkan risiko mendapat kanser kolon, beras perang juga menurunkan risiko anda mendapat kanser payudara. Beras perang mengandungi Pytonutrient Lignin yang sangat handal untuk membunuh sel kanser payudara.

5. Menurunkan paras kolesterol dalam darah.

Serat mudah larut dalam beras perang menyerap kolesterol jahat atau kolesterol LDL di dalam darah anda. Apabila kolsterol jahat tiada lagi, peras kolesterol dalam darah anda akan menjadi stabil.

6. Mencegah sakit jantung.

Beras perang mengandungi serat mudah larut dan  protein Angiotensin II yang membantu menjaga kesihatan jantung anda supaya berada dalam keadaan yang optimum tanpa sebarang penyakit.

7. Mengekalkan berat badan seimbang.

Beras perang mengandungi kadar serat yang sangat tinggi. Serat yang tinggi memberikan anda rasa kenyang yang lebih lama lalu membolehkan anda mengurangkan pengambilan nasi dalam diet seharian. Ingat, formula untuk kurus ialah 80% makanan, 20% senaman. Apabila anda menjaga pemakanan dengan menukar beras biasa kepada beras perang, proses menurunkan berat badan anda akan berjalan dengan lebih lancar.

8. Mencegah pembentukan batu karang pada wanita.

Kajian yang dijalankan oleh American Journal of Gastroenterology mendapati kandungan serat yang tinggi dalam beras perang terbukti mengurangkan risiko pembentukan batu karang di kalangan kaum wanita. Oleh itu, kalau anda taknak dapat batu karang, jom kita bertukar kepada beras perang hari ini juga.

9. Mengelakkan diabetis.

Karbohidrat dalam beras perang dihadam dengan lebih lambat berbanding beras biasa dan mempunyai kandungan indeks glisemik yang rendah. Dua faktor tersebut membolehkan beras perang mengawal kadar gula dalam darah anda sekali gus mengelakkan diabetis.

10. Mengurangkan risiko osteoperosis.

Beras perang mengandungi magnesium yang membantu mengurangkan risiko osteoporosis dan menjada kesihatan tulang anda.

11. Mencegah artritis.

Kandungan selenium yang tinggi dalam beras perang juge membantu mencegah berlakunya artritis semasa anda mencapai usia emas.

12. Meningkatkan imuniti.

Beras perang juga membantu meningkatkan imuniti & ketahanan daya lawan penyakit dalam badan anda. Kandungan selenium yang tinggi dalam beras perang membantu anda melawan penyakit dan mengelakkan jangkitan bakteria dan virus yang menjadi punca batuk, selsema, demam, dan sakit tekak.

13. Membakar lemak.

Berita baik untuk anda yang sedang berdiet. Kandungan mangan dalam beras perang membantu badan anda membakar lemak dengan lebih cepat dan efektif berbanding pengambilan beras putih biasa. Patutlah fitness coach di media sosial selalu bercakap tentang kebaikan beras perang.

14. Meningkatkan kesuburan.

Beras perang mengandungi mangan yang sangat tinggi. Salah satu daripada fungsi mangan ialah meningkatkan tahap kesuburan & meningkatkan kesihatan sistem reproduktif anda dan pasangan. Oleh itu, kalau anda sedang berusaha untuk mengandung, bolehlah bertukar kepada beras perang.

15. Kaya antioksida.

Apabila sebut perkataan antioksida, apa yang anda faham? Kaya antioksida bermakna beras perang membantu anda untuk awet muda dan meningkatkan kesihatan badan. Siapa yang taknak kelihatan muda dan sihat sentiasa, betul tak? Oleh itu, apa yang anda tunggu lagi? Jom kita bertukar kepada beras perang.

Semoga Bermanfaat Dan Selamat Beramal!

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen