Amalkan Pengurusan Kewangan Berlandaskan Islam Supaya Hidup Berkat Dengan 5 Prinsip Ini.

Sebagai muslim sudah tentu kita mahukan pengurusan kewangan kita berlandaskan dengan syariat Islam. Ekonomi diri juga perlulah bertiangkan agama supaya tidak lalai dalam melaksanakannya atau menyalurkan pada saluran yang betul. Keadaan ekonomi yang baik, sudah tentu akan menghasilkan belanjawan yang teratur, dapat mempertingkatkan potensi sosial dan rohani pada diri.

Selain daripada itu, kita semua juga memerlukan harta. Namun ia haruslah diperolehi dengan cara yang halal, malah perlu diserahkan pada mereka yang cukup akal dan berfikiran waras supaya Allah yang menjadi landasan utama dalam kehidupan.

Dari itu, Islam mempunyai beberapa prinsip ekonomi yang menjadi amalannya, sebagaimana yang berikut:

1. Mengharuskan Kerja Bagi Setiap Orang Yang Mampu.

Mereka yang bekerja kerana Allah akan mendapat keberkatan daripada-Nya. Begitu juga, sebaik-baik makanan yang dimakan adalah daripada hasil titik peluh sendiri. Menurut Umar Ibni al-Khattab bahawa seseorang individu itu tidak harus duduk diam dan semata-mata berdoa tanpa berbuat sesuatu pekerjaan untuk mencari rezeki akan tidak memperolehi apa-apa jua oleh kerana langit tidak menurunkan emas dan perak.

Bagaimanapun, adalah penting untuk mengharuskan bekerja bagi mereka yang mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan berkesan.

2. Mengharamkan Penghidupan Yang Mungkar.

Islam memang mengharamkan segala bentuk mata pencarian yang tidak dilakukan secara halal. Kerja-kerja yang mungkar dalam mencari rezeki adalah dengan melakukan riba, undian, berjudi, menipu, mencuri dan melakukan kerja-kerja yang mendatangkan mudarat kepada diri manusia hasil daripada penjualan khinzir, ubat-ubatan yang terlarang dan lain-lain sumber pendapatan yang tidak dibenarkan oleh Islam.

Begitu juga, Islam mengharamkan sebarang bentuk pencarian yang mungkar. Kerajaan berhak merampas harta yang terbit daripada rompakan, rasuah, pengedaran dadah, pencurian, salah guna harta kerajaan dan sumber-sumber yang tidak halal. Segala kegiatan ekonomi yang mencemarkan alam sekitar atau memusnahkannya tanpa dapat dipulihkan semula adalah ditegah.

3. Pembaziran dan Pemborosan.

Mencegah pembaziran dalam segala urusan ekonomi baik dalam bidang penggunaan, pelaburan, pengeluaran, pengagihan mahupun dalam sector perkhidmatan. Pemborosan dalam apa juga bentuk kegiatan dalam bidang perniagaan, pengurusan dan dalam melaksanakan urusan pembangunan hendaklah dielakkan sama sekali.

4. Hak Pemilikan Harta.

Manusia mempunyai hak untuk memiliki harta benda yang dikumpulkannya secara halal. Islam mengakui kebebasan hak milik harta oleh individu. Islam menggalakkan memiliki harta sebanyak mungkin agar dapat menunaikan haji dan membayar zakat.

Dengan erti kata yang lebih tepat lagi, pengumpulan harta kekayaan adalah digalakkan oleh Islam. Bagaimanapun, di akhirat kelak, manusia akan disoal tentang kaedah mereka memperolehi harta dan bagaimana mereka menggunakan harta itu.

Pemilikan harta merupakan naluri semula jadi manusia. Harta kekayaan itu hendaklah dikumpulkan dengan cara halal dengan dibelanjakan untuk memberi faedah, kemakmuran, kebahagiaan dan kesejahteraan hidup manusia sejagat.

5. Pemilikan Harta.

Dalam menentukan hak milik individu, al-Quran menerangkan bahawa harta kekayaan seorang Muslim itu haram bagi Muslim yang lain melainkan setelah berlakunya pemindahan hak milik dengan cara yang ditetapkan oleh Islam. Dalam ayat yang lain, al-Quran dalam (Surah an-Nisa ayat 29) menerangkan larangan Allah terhadap perbuatan memakan dan mengambil harta orang lain dengan cara yang batil dan firman Allah yang bermaksud seperti di bawah ini:

“Wahai orang yang beriman janganlah kamu makan (ambil) harta di kalangan kamu dengan cara yang batil (tidak betul) melainkan hendaklah dengan jual beli yang dipersetujui antara kami.”

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen