7 Panduan Bagi Mereka Yang Bergaji Kecil Dan Mahu Membeli Rumah.

Pasangan yang mahu menuju ke jinjang pelamin pasti sentiasa berteka-teki diminda, mahu membeli rumah atau tidak hanya kerana memiliki gaji yang kecil. Oleh kerana itu ramai sahaja dikalangan mereka yang terus tinggal bersama keluarga sendiri atau keluarga mertua kerana takut ia akan menjejaskan kewangan mereka.

Jom baca panduan untuk membeli rumah walaupun bergaji kecil dengan perkongsian dari saudara Amir Syahir ini…

********

1. Analisa kewangan diri termasuklah pengiraan DSR, NDI, dan hutang dengan bank untuk tahu kelayakan harga rumah yang boleh dibeli dengan gaji kau. Boleh pergi tanya kelayakan dengan bank berdekatan korang. Jangan lupa bawa slip gaji kau tu.

2. Kau kena buktikan kepada pihak bank yang kau mampu bayar ansuran bulanan. Macam mana nak buktikan? Kena ada hitam putih la. Kau cakap kau ada simpanan RM20K pun bank tak percaya kalau cakap kosong. Jadi, kepilkan segala sokongan pendapatan kau tu seperti simpanan di Tabung Haji ataupun ASB

3. Nisbah Hutang Kepada Pendapatan (DSR). Yang ni kau kena jaga. Kau kena pastikan bawah 60% kalau kau bergaji bawah RM3000. Kalau kau dah ada hutang kereta, hutang peribadi, kau kena tambahkan pendapatan kau dulu.

4. Baiki CCRIS. Jika CCRIS PTPTN kau barai, baiki dulu. Bawa bincang dengan pegawai PTPTN tu. Bayar tunggakan guna KWSP. Ingat kalau hutang PTPTN kau tak mampu bayar, macam mana bank boleh yakin kau mampu bayar ansuran bulanan rumah nanti?

5. Cari hartanah yang ansuran bulanannya tidak melebihi RM1000 sebulan. Gunakan formula kiraan kasar;

Ansuran bulanan X 200 = Anggaran Harga Rumah

Contoh: RM1000 X 200 = RM200,000

Jadi, kalau kau mampu simpan RM1000 sebulan barulah kau boleh beli rumah berharga RM200K.

6. Carilah hartanah yang dapat memberi aliran tunai positif. Yang mampu cover ansuran bulanan yang perlu dibayar kepada bank. Kau kena kaji potensi rumah yang kau nak beli terlebih dahulu.

7. Asasnya, carilah ilmu. Orang nak suruh kau pergi seminar beli buku kau malas nak layan. Sampai bila lah kau nak duk takuk yang sama. Jangan ikut orang. Ikut kemampuan kewangan dan minat kau.

Tak semua orang minat melabur dalam hartanah ni. Kau boleh melabur di ASB, Tabung Haji, AHB ataupun unit amanah yang diyakini. Kalau simpanan biasa, lambat duit kau nak membiak.

********

Dah faham serba sedikit? Kau kena ada banyak ilmu, pengorbanan dan strategi.

Rumah tepi KLCC, rumah dua tingkat, rumah baru siap, rumah ada kolam renang memang mahal harganya der. Cuba beli rumah subsale dan lelong.

Jangan terus berangan-angan. Bangun lah daripada mimpi yang panjang. Beli rumah yang kau mampu, bukan rumah yang kau mahu.

Ayuh kita berusaha, bukan menyalahkan orang lain. Tak perlu berhutang sana sini semata-mata untuk kelihatan kaya.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen