Ingin Dekatkan Diri Dengan Keluarga Mertua? Ini Caranya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila baru sahaja mendirikan rumah tangga, sudah pastilah anda akan mempunyai perasaan sedikit malu dan juga kekok. Namun begitu, itu bukanlah satu faktor yang menyebabkan anda tidak boleh mendekatkan diri dengan keluarga pasangan anda.

Baik lelai atau wanita, kedua-duanya akan kekok apabila berhadapan dengan keluarga mertua. Terutama jika selepas berkahwin kita akan duduk sementara di situ sebelum pulang ke rumah sendiri. Masa inilah anda ambil peluang untuk dekatkan diri dengan keluarga mertua anda.

Berikut adalah cara-caranya.



1. Atasi rasa malu.

Perasaan malu itu akan sememangnya akan wujud setiap masa. Jadi anda perlu cuba mengatasi masalah tersebut. Jangan terlalu ikutkan rasa malu anda sehinggakan anda tidak mahu keluar bilik dan sebagainya. Cuba menganggap mereka itu seperti keluarga anda sendiri, pasti rasa malu itu akan hilang sedikit demi sedikit.

2. Jalinkan hubungan interpersonal.

Untuk lebih mudah, lakukan interpersonal bersama keluarga pasangan anda, terutama ibu mertua anda. Cari peluang untuk berbual dengan ibu atau ahli keluarga lain. Pastikan anda tidak berpura-pura dengan mereka ini. Biarkan hubungan yang terjalin itu lebih semula jadi bukannya bermuka-muka.

3. Ringan tulang.

Walaupun masih mood pengantin baru, itu tidak bermakna anda boleh bermalas-malasan apabila di rumah keluarga pasangan anda. Cuba membantu keluarga mertua anda apabila berada di dapur bahkan menguruskan rumah sedikit. Ini juga akan membuatkan anda lebih mudah untuk rapat dengan keluarga mertua itu nanti.



4. Beri pujian.

Tak ada salahnya memberi pujian pada ahli keluarga pasangan. Anda boleh memuji masakan ibu mertua anda, cara beliau menghias rumah serta pelbagai lagi. Walau bagaimanapun, jangan lupa untuk memastikan pujian itu diberitahu dengan ikhlas dan tidak berlebihan.

5. Menghormati pasangan anda.

Ini adalah perkara yang paling penting. Ibu bapa mertua anda akan lebih mudah menerima anda sekiranya anda menghormati pasangan anda serta melayaninya dengan baik. Hal ini kerana, kebahagiaan anak mereka itulah menjadi kebahagiaan mereka. Jangan biarkan sikap anda yang tidak menghormati anaknya itu menjadikan anda sukar diterima di dalam keluarga tersebut.

Tidak susah pun nak dekatkan diri dengan keluarga mertua ini, jika anda pandai mengambil hatinya pasti dia juga mudah menerima seadanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen