Jadilah Isteri Dan Ibu Yang Hebat!

Pada tahun 2010, menurut sebuah kajian, statistik menunjukkan bilangan tertinggi wanita yang bekerja adalah antara umur 25 tahun dan 29 tahun sebanyak 67%, diikuti oleh wanita berumur 30 dan 34 tahun (61%)dan wanita berumur antara 35 dan 39(56%). Pada tahun 2015 pula, Malaysia telah dijangkakan mempunyai sebanyak 55% wanita dalam sektor pekerjaan.

Peningkatan tersebut menunjukkan kaum wanita pada zaman sekarang sudah boleh berdikari untuk mencari rezeki untuk keluarga, di samping si suami yang wajib mencari nafkah untuk si isteri. Ini menunjukkan wanita bekerjaya juga sebahagiannya menjadi Super Mum kerana mampu menguruskan rumah tangga pula.

Dengan hasil pendapatan sendiri tidak kira bekerja di luar atau di dalam rumah, di samping mendidik serta membesarkan anak-anak mampu mencipta gelaran Super Mum untuk para isteri zaman sekarang,

ANDA PERLU KETAHUI KUALITI SEORANG ISTERI DAN IBU YANG HEBAT INI ADALAH;

1. Super mum akan memastikan segala tugasan disiapkan.

Salah satu kualiti super mum adalah kebolehan untuk melakukan tugasan sehingga siap. Sama ada kerja-kerja di rumah, projek di tempat kerja ataupun berdepan dengan isu kekeluargaan, super mum tahu bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian untuk setiap masalah yang dihadapi.

2. Super mum berani untuk berkata “TIDAK”.

Super mum ialah seorang yang pandai menolak ajakan kawan-kawan, saudara mara dan rakan sekerja yang mengambil kesempatan ke atas dirinya dari segi masa mahupun tenaga. Masa yang diperoleh daripada hasil tersebut dapat digunakan untuk menyelesaikan tugas-tugasan yang dikira lebih penting baginya dan juga ahli keluarganya.

3. Super mum tahu saat bila dia memerlukan bantuan.

Super mum sentiasa peka setiap masa. Dia perlu tahu bila dia berasa tertekan atau letih dan segera mencari bantuan. Adalah penting bagi dirinya untuk mendapatkan bantuan dan sokongan luar supaya dia berasa lebih bertenaga dan kekal segar.

4. Super mum ialah seorang ibu yang penyayang dan menyenangkan.

Super mum mempunyai kedua-dua jenis personaliti iaitu berjiwa lembut, penyayang dan ambil berat tetapi pada masa yang sama, dia juga meletakkan peraturan yang adil dan seimbang, dalam menentukan kerja-kerja rumah yang bersesuaian dengan umur serta sikap anak mereka.

5. Super mum boleh seimbangkan antara keluarga dan kerjaya.

Super mum tidak mudah berputus asa atas minat dan cita-citanya apabila mereka dibebani oleh tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri. Dalam masa yang sama super mum sentiasa belajar untuk seimbangkan kedua-duanya tanpa terlalu banyak kompromi.

6. Super mum percaya akan firasatnya.

Super mum sentiasa mempertimbangkan setiap perwatakan unik dalam diri anak-anaknya supaya diri mereka menjadi individu yang tersendiri. Dia menghormati perbezaan anak-anaknya dan bertindak untuk memberi respon mengikut keperluan mereka.

7. Super mum lebih menghargai perkara yang lebih besar dan penting.

Super mum tidak mengambil kira kesalahan-kesalahan kecil yang dilakukan oleh pasangan hidupnya tetapi sentiasa cuba untuk lebih fokus kepada kebaikan ahli keluarganya secara menyeluruh.

8. Super mum bijak mengagihkan tugasan kepada orang lain.

Super mum bijak membahagikan tugasnya dan tidak melakukan kesemuanya seorang diri. Dia lebih mengetahui masa yang sesuai untuk memberi dan membenarkan orang lain mengambil alih tugasnya serta menjalankan peranan masing-masing.

9. Super mum berasa seronok menjadi seorang ibu.

Tidak kira sesibuk mana jadualnya, super mum tidak akan sesekali melepaskan peluang untuk bersama dengan anak-anaknya dan akan menggunakan setiap saat bersama mereka dengan lebih bermakna.

Selamat Beramal Dan Menjadi Super Mum Untuk Anak-Anak!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen