Apakah Sebenarnya Hukum Solat Sunat 2 Rakaat Selepas Akad Nikah? Jom Ketahuinya.

Ramai sahaja dikalangan kita menjadi keliru dengan adat selepas akad nikah seperti ciuman si suami pada dahi si isteri dengan solat sunat 2 rakaat. Menurut Islam, membatalkan air wudhuk usai sahaja akad nikah seperti ciuman tiada dalam Islam. Lebih memadai si suami meletakkan tangannya di atas ubun-ubun si isteri dan membaca doa.

Dan hukumnya adalah sunat.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْ

Maksudnya: Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu kebaikan isteriku ini yang Engkau telah ciptakan atasnya, dan aku berlindung dengan-Mu daripada keburukan yang Engkau telah ciptakan atasnya. [Hadis riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan lain-lain.]

Untuk solat sunat 2 rakaat pula adalah seperti berikut;

Solat sunat pengantin juga DIGALAKKAN melakukannya berdasarkan amalan para sahabat. Seorang lelaki datang bertemu Abdullah bin Mas’ud R.Anhuma  dan berkata:

“Sesungguhnya aku telah berkahwin dengan seorang perempuan dara tetapi aku amat takut kalau-kalau dia membenci aku…”

Maka berkata Abdullah:

“Sesungguhnya kemesraan itu datangnya daripada Allah, dan kebencian itu datang daripada Syaitan, kerana Syaitan itu akan mendatangkan benci pada apa yang Allah halalkan, maka ketika kamu mendatangi isteri kamu, arahkan dia untuk bersolat di belakang kamu (yakni jadi makmum) sebanyak dua rakaat…”

Abdullah Ibn Mas`ud juga mengajarkan doa:

اللَّهُمَّ، بَارِكْ لِي فِي أَهْلِي، وَبَارِكْ لَهُمْ فِيَّ، اللَّهُمَّ ارْزُقْنِي مِنْهُمْ، وَارْزُقْهُمْ مِنِّي، اللَّهُمَّ، اجْمَعْ بَيْنَنَا مَا جَمَعْتَ إِلَى خَيْرٍ، وَفَرِّقْ بَيْنَنَا إِذَا فَرَّقْتَ إِلَى خَيْرٍ

“Ya Allah! Berkatilah diriku dengan apa yang ada pada keluargaku, dan berkatilah keluargaku dengan apa yang ada pada diriku. Ya Allah! Rezekikanlah aku daripada apa yang ada pada keluargaku, den rezekikanlah mereka daripada apa yang ada padaku. Ya Allah! Satukanlah antara kami dengan pertemuan ke arah kebaikan, dan, jika engkau takdirkan perpisahan, pisahkanlah kami (juga) ke arah kebaikan.”

[Hadis riwayat Abdurrazzaq (10460)]

Ulama juga menyebut  adab solat sunat ini dilaksanakan di tempat tertutup supaya terjaga aurat isteri. Manakala, upacara membatalkan air sembahyang bukanlah tuntutan syarak melainkan hanyalah adat semata-mata.

Wallahua`lam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen