Bila Dah Kahwin, Jangan Lupa Jaga Penampilan Walaupun Berada Di Dalam Rumah.

Apabila sudah berkahwin sahaja, pasti si lelaki yang bergelar suami mahukan isterinya sentiasa kelihatan cantik untuk dirinya.

“Janganlah hanya cantik masa nak pergi kenduri kahwin sahaja, tetapi kat rumah asyik pakai seluar koyak, pakai kain batik…” keluh suami pada zaman sekarang.

Namun, yang menjadi tanda persoalannya ialan kenapa para isteri sahaja yang perlu menjaga penampilan? Kenapa penampilan isteri sahaja yang perlu ditekankan?

Adakah suami tidak perlu jaga penampilan untuk isteri?

Adakah para suami terlepas dari tanggung jawab untuk menjaga penampilannya sendiri di hadapan isteri di rumah?

Adakah suami boleh berperut buncit, akan tetapi isteri dipaksa untuk menjaga badan pula?

Suami boleh menjadi selekeh, tetapi isteri selekeh, pasti akan menarik muka dan diherdik. Tak pandai jaga suami katanya.

Kebanyakan situasi begini terjadi kerana si isteri tidak kisah dengan penampilan suami selepas perkahwinan, apatah lagi paras rupa. Suami perut buncit tanda si isteri pandai masak dan bahagia. Yang penting hati, bayar nafkah si isteri dan boleh melakukan tanggung jawab sebagai suami.

Jika berlakunya perkara sebegini di dalam perkahwinan, sudah tentu ia kelihatan tidak seimbang dan hanya berat sebelah. Semuanya isteri yang perlu jaga. Apabila sudah memiliki anak yang ramai, bagaimana isteri mahu kelihatan cantik jika anak pun isteri yang uruskan? Apatah lagi tidak pernah pula berikan hadiah produk penjagaan muka untuk isteri.

Memang benar suami atau isteri perlu menerima keadaan pasangan seadanya.

Namun, ia adalah resipi perkahwinan supaya percintaan antara pasangan suami isteri semakin bertambah dan mekar.

Tidakkah ia akan menjadi hambar sekiranya, terima sahaja keadaan pasangan tanpa melakukan sesuatu yang baru atau di luar kotak? Jadilah pasangan yang kreatif dan produktif, supaya dapat melahirkan generasi yang cemerlang kelak.

Jadi, si suami juga haruslah;

  • Memakai minyak wangi atau deodorant apabila berada di rumah.
  • Sama-sama menjaga badan dan pemakanan dengan isteri, jangan biarkan isteri seorang sahaja yang lakukan aktiviti seperti ini iaitu bersukan.
  • Berpakaian yang sesuai dengan tempat. Sebagai contoh, jika melihat si isteri bersungguh-sunguh bersiap memakai pakaian yang cantik untuk kenduri kahwin, jangan lah pula anda hanya memakai T-Shirt dengan selipar jepun sahaja. Suami perlu ada bertimbang rasa dengan perasaan isteri apabila berkenaan dengan hal penampilan ini.
  • Jangan membiarkan misai atau jambang tidak bercukur. Trim la sikit nampak kemas. Isteri cantik, tetapi suami nampak macam tidak terjaga. Mulalah masyarakat mahu menjadi makcik/pakcik bawang “Mesti isteri tak pandai jaga suami…”
  • Jika mahu isteri cantik di rumah, suami pun jadilah kacak untuk isteri di rumah.

Kesimpulannya, sentiasa belajar resipi perkahwinan supaya hubungan suami isteri semakin erat. Semakin sayang. Semakin cinta. Semoga bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen