4 Kepentingan Membina Institusi Kekeluargaan Menurut Islam.

Setiap pasangan yang mahu membina rumah tangga perlu tahu apakah tujuannya perkahwinan dan pernikahan dalam jangka masa yang panjang. Adakah untuk membina keluarga yang mengamalkan Sakinah Mawaddah Wa Rahmah? Atau tiada tujuan?

Tiada tujuan bermaksud kahwin kerana mahu mengikut trend atau keseronokan semata-mata. Ini terjadi kerana anak remaja menjadi seronok melihat rakannya yang sudah berkahwin dan boleh berpeluk sakan tanda hubungan yang halal.

Jadi, bukan sahaja untuk mereka yang mahu berumah tangga perlu tahu kepentingan ini, ia untuk semua individu juga supaya kita ada ilmu asas tentang hubungan kekeluargaan sebenarnya. Kepentingannya adalah;

1. Untuk Mendapatkan Zuriat.

Perasaan inginkan zuriat adalah perasaan semulajadi bagi manusia, kerana melalui isteri dan anak pinak yang baik menjadi perhiasan hidup di dunia ini, dan melalui perkahwinan sahaja pengembangan zuriat ini dapat dipenuhi sebagaimana firman Allah bermaksud:

“Wahai sekalian manusia bertakwalah kepada Tuhan mu yang telah mencipta kamu dari seorang diri dan daripadanya Allah memperkembang-biakan lelaki dan perempuan yang banyak…”

2. Untuk Menjaga Akhlak dan Kemurnian Peribadi.

Perkahwinan akan terjamin kemuliaan akhlak seseorang manusia seterusnya akan menjadi murni dan bersih keturunan mereka dari noda dan kekotoran zina. Institusi keluarga merupakan suatu jalan terbaik dalam memelihara kemuliaan peribadi manusia umumnya dan peribadi anggota keluarga itu khususnya.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Wahai Pemuda ! Sesiapa di antara kamu yang sudah ada kemampuan, maka kahwinlah sebab ia dapat menundukkan pandanggan dan memelihara kemahuan, tetapi sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa, sebab puasa itu baginya merupakan pelindung.”

3. Untuk Menguatkan Hubungan Kasih Sayang.

Dengan ikatan perkahwinan ini kasih sayang akan dapat dijalin dengan lebih erat, suci, teratur dan penuh rasa tanggungjawab di kalangan ahli keluarga. Dengan perkahwinan juga akan dapat mewujudkan satu suasana yang seimbang, pergaulan yang murni, teratur dan kebahagiaan yang sejati dan berkekalan dapat diwujudkan.

Allah SWT berfirman bermaksud : “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”

4. Untuk Keselamatan Sosial.

Dengan perkahwinan seseorang itu akan terasa sifat tanggungjawabnya terhadap keluarganya. Hal ini membawa kepada kesedaran untuk para suami bekerja sebagai jaminan nafkah anak isterinya. Dengan adanya sifat tanggungjawab tersebut keselamatan dari sudut sosial akan terjamin.

Semoga Ilmu Ini Dijadikan Iktibar!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen