Bagaimana Untuk Membina Hubungan Keluarga Yang Sihat? Jom Baca!

Dalam membina hubungan keluarga yang sihat, ia perlu bermula dengan pasangan ibu bapa itu sendiri. Jadi pada pasangan yang mahu berumah tangga, mulalah dari diri anda sendiri untuk membina keluarga yang sihat, tenang, tenteram dan sejahtera. Mungkin ia akan berterusan sehingga ke legasi yang terbaru.

Menurut Datuk Chong Sin Woon;

“Hubungan antara keluarga yang baik mempunyai kesan signifikan terhadap keupayaan akademik anak serta tingkah laku.”

“Ia juga menyumbang kepada pembelajaran yang lebih baik di sekolah dan memupuk sikap terpuji serta pemikiran bijak generasi masa depan kita,”

Menurut Tan Sri Zaleha Ismail;

“Sebuah negara yang kukuh dapat dibina dengan adanya kelompok masyarakat yang mempunyai asas kekeluargaan yang kuat dan sihat.”

“Ibu bapa perlu memainkan peranan terpenting dalam usaha membentuk generasi muda yang berwawasan, supaya tidak menyerahkan tugas mendidik anak kepada sekolah sahaja.”

Jadi, kesedaran dalam membina dan memperbaiki hubungan kekeluargaan ini, kita perlulah;

1. Mencari Siapa Saudara Kita.

Ini adalah langkah pertama tetapi ramai orang yang mengabaikannya. Ini kerana mereka tidak mahu mengakui bahawa mereka tidak mengenali semua ahli keluarga mereka.

Duduklah dengan ibu bapa kita dan tanyakan  kepada mereka tentang adik, abang, kakak, bapa saudara, ibu saudara mereka dan lain-lainnya. Lukis salasilah keluarga dan simpan salinannya dalam komputer atau di atas kertas.

2. Sentiasa Kemaskini Contact List.

Sentiasa update contact list anda di telefon bimbit, dan sentiasa tahu perkembangan mereka melalui sosial media, kerana menerusi platform itu sahaja anda mengetahui tentang ahli keluarga termasuk sanak saudara.

3. Cuba Untuk Hubungi Mereka.

Ramai sahaja dikalangan kita begitu takut atau tidak mengambil endah tentang perkara ini, kan? Jika tidak kenal, kenapa perlu anda dahulu yang menegur mereka? Aktiviti sebegini pasti sedikit sebanyak akan membuat mereka terkejut, akan tetapi dalam pada masa yang sama mereka pasti teruja dapat mengenali anda.

Mulakan dengan menghantar mesej biasa di telefon bimbit mereka yang diakhiri dengan nama kita dan mungkin ‘anak kepada sekian-sekian’ supaya mereka dapat mengenali kita. Selepas itu, telefonlah mereka (sama ada dengan ibu bapa kita supaya lebih memudahkan proses berkenalan) atau hanya kita sahaja.

4. Berbual Dengan Datuk Nenek Kita.

Pada mereka yang masih lagi memiliki atuk dan nenek, jangan lepaskan peluang ini untuk sentiasa berbual dengan mereka kerana terdapat begitu banyak hikmah, pengalaman dan pelajaran yang dapat dipelajari daripada orang tua kita.

5. Melawat Dan Menjemput Sanak Saudara Untuk Makan Bersama.

Rancang untuk membuat family gathering, kenduri tahlil atau seumpama dengannya supaya dapat mengenali mereka dengan lebih rapat. Ini adalah cara yang bagus untuk berhubung semula dan mengekalkan perhubungan dengan keluarga

6. Berikan Zakat Atau Sedekah Kepada Mereka.

Malang sekali, kebanyakkan muslim melupakan bantuan kepada ahli keluarga mereka yang miskin. Perkara ini sedikit sebanyak akan memalukan atau kerana mereka takut sanak saudara mereka akan mula ‘bergantung hidup kepada mereka’.

Lebih-lebih lagi apabila kita mempunyai arahan jelas daripada Allah bahawa memberi itu sepatutnya diutamakan kepada sanak saudara dan juga yang miskin melalui ahli keluarga yang lebih tua atau kita boleh menyumbang kepada salah satu perbelanjaan besar mereka.

Contohnya membiayai pelajaran anak mereka atau kos perubatan dan sebagainya.

7. Jadi Tumpuan Utama Keluarga Kita.

Jika kita mengamalkan sebahagian nasihat di atas, kita akan menjadi tumpuan utama dalam keluarga. Ambillah tanggungjawab ini dengan bahagia dan beri galakan kepada sanak saudara kita untuk saling berhubung semula.

8. Selesaikan Isu-Isu Lama.

Dalam membina hubungan dengan ahli keluarga, kita mungkin akan mempunyai peluang untuk menyelesaikan isu-isu lama. Cara untuk menyelesaikannya adalah dengan meminta bantuan dari ahli keluarga yang lebih tua.

Kita mungkin boleh mengambil kesempatan pada Ramadhan atau Hari Raya di mana ahli keluarga lebih cenderung untuk memberikan kemaafan dan melupakan, serta memulakan semua hubungan kekeluargaan mereka atas dasar cinta dan kasihan belas, Insya Allah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen