Ibu Mertua Pun Ibu Juga.

Bagi pasangan pengantin yang baru saja berkahwin, anda bukan sahaja perlu berkasih sayang dengan pasangan semata-mata, tetapi anda juga sebenarnya perlu menitikberatkan tentang ibu dan bapa mertua termasuk ipar duai atau saudara mara pasangan anda.

Oleh sebab itu dugaan perkahwinan ini seperti tiada penghujungnya kerana setiap masalah yang datang adalah dari sudut yang berbeza. Bukan sahaja masalah dengan pasangan, malah masalah dengan ibu atau bapa mertua, malah ipar duai.

Janganlah sesekali menganggap ibu atau bapa mertua anda sebagai orang luar, kerana mereka juga boleh diibaratkan sebagai ibu dan bapa kandung anda sendiri sebenarnya. Rasa terkilan itu sudah menjadi kebiasaan seperti mana anda terasa hati dengan ibu dan bapa anda sendiri.

Jadi, hargai dan fahamilah perasaan ibu dan bapa mertua termasuk ipar duai dengan perkongsian dari Puan Marlia ini…

********

1. Mertua diibarat seperti ibu bapa kandung juga. Sebab itulah dalam Islam dari segi aurat dan tidak batal wudhuk antara menantu dan mertua kekal selamanya.

2. Namun, ibu mertua samalah seperti ibu kandung. Pelbagai karenah yang adakalanya melukakan. Namun ibu kandung, kita mampu faham sebab kita membesar dengan beliau. Sedangkan ibu mertua kita baru kenal setelah dewasa. Ini fakta yang kita semua tak boleh nafikan.

3. Manusia tidak sempurna. Kita bukan menantu yang sempurna dan ibu mertua juga manusia biasa. Maka, jika antara dua pihak saling menerima seadanya, perhubungan lebih bahagia. Berapa lama lagi mertua kita akan hidup di dunia?

4. Puan mahu ibu mertua hargai. Namun jika beliau bersikap sebaliknya tak apalah. Beliau adalah ibu. Buat tak tahu sajalah. Kekal hormati dan sayangi dia. Doakan sentiasa selepas solat.

5. Yang penting walaupun puan surirumah, elakkan emosi wang. Berilah hadiah setakat kemampuan. Jika tak mampu, usah beri hadiah namun berikan kasih sayang, bantu hal ehwal rumahtangga dan sebagainya.

6. Jangan memberi kerana ibu mertua meminta. Namun berilah kerana puan mampu beri setakat kemampuan yang terhad. Hadiah itu biarlah murah jika ikhlas lebih besar pahalanya berbanding hadiah yang mahal.

7. Alihkan fokus. Jaga kewangan dan ketepikan hal remeh. Usahakan memiliki rumah dan pelaburan untuk diri. Surirumah juga perlu lebih berdikari.

8. Ya, fokus. Selebihnya tidaklah menjadi soal besar. Pendek kata tak payah layankan sangat pun isu hati dan perasaan. Yang penting, kekal berbaik sangka dan fokus hal lebih besar agar hati bahagia sentiasa.

9. Oh ya, mengenai diminta menjaga anak-anak abang ipar, buatlah setakat terdaya. Jika tidak mahu puan berhak menolak kerana ianya bukan tanggungjawab Puan sebagai isteri. Namun berbincang lah cara baik dengan suami agar sang suami dapatmenjelaskan kepada abang beliau.

10. Ya, bincang, bincang dan bincang agar tidak ada sesiapa yang memendam rasa. Wallahu'allam

Salam sayang.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen