Rancang Kewangan Anda Seawal Usia 20 Tahun. Jangan Terlambat, Nanti Menyesal!

Pada zaman sekarang, anak muda perlu diberi kesedaran tentang kewangan sejak awal 20-an kerana keadaan ekonomi yang tidak stabil. Namun, hal ini amat penting pada ibu bapa untuk mendidik anak-anak sejak dari kecil lagi, kerana anak-anak kecil lebih mudah dibentuk dan memberi pengaruh yang baik.

Jika sejak dari kecil, kita dididik tentang kewangan ini, tidak mustahil anak muda zaman sekarang akan faham tentang asas ekonomi. Dan tidaklah menyusahkan ibu bapa sejak dari bujang, hingga ke jinjang pelamin. Tidaklah malu untuk meminjam wang, padahal setelah berkahwin dan bekerja, anak mudalah yang sepatutnya menjaga ibu bapanya pula.

Jadi, jom lihat bagaimana untuk anak muda zaman sekarang merancang kewangan seawal usia 20-an…

UMUR 20 HINGGA 29.

  • Hidup gaya seorang student (suka berjimat).
  • Jadikan amalan suka dan cintakan menabung.
  • Asingkan 30% duit untuk simpanan seperti simpan di ASB, Tabung Haji dan Koperasi.
  • Bahagikan wang simpanan mengikut kategori seperti : tabung aset, tabung pendidikan, tabung anak dan tabung persaraan
  • Buat side income perniagaan, contoh jadi dropship Dexandra.
  • Sentiasa follow-up mentor atau guru untuk bantu anda kembangkan perniagaan.
  • Rajinkan diri untuk hadir ke seminar seperti Azizan Osman, IezaYusof dan CoachZie.
  • Banyakkan membaca buku motivasi dan tips bisnes.
  • Cari ILMU, ILMU dan ILMU di mana sahaja anda berada.

UMUR 30 HINGGA 39.

  • Rancang beli rumah untuk dijadikan pasif income.
  • Rancang duit persaraan dengan lebih baik dari sebelum ini.
  • Asingkan 10% duit ke simpanan perlindungan iaitu Life Takaful dan Medical Card.
  • Simpan 6 bulan pendapatan sebagai dana kecemasan.
  • Labur 10% je daripada simpanan untuk risiko yang tinggi ini contoh main saham.
  • Korbankan banyak masa untuk dapatkan simpanan yang maksimum

UMUR 40 HINGGA 49.

  • Biasa waktu ini sudah berkeluarga.
  • Pastikan hutang kredit dah di selesaikan.
  • Fokuskan 100% kepada tabung persaraan.
  • Fokuskan juga untuk simpanan pendidikan anak-anak.
  • Teruskan menabung dan jangan pernah berhenti untuk menabung.
  • Fokus untuk menyampai ilmu kepada generasi muda.

UMUR 50 DAN KE ATAS.

  • Teruskan membuat simpanan (jangan pernah rasa dah terlambat).
  • Bincang dengan pasangan tentang pembahagian harta.
  • Jangan ambil pelaburan yang berisiko tinggi.
  • Rajinkan diri untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan.
  • Banyakkan masa bermain dengan cucu-cicik di taman permainan.
  • Eratkan lagi hubungan kasih dan sayang bersama keluarga yang di cintai dengan pergi bercuti.

Jika anda boleh mengikuti guideline seperti di atas ini, dengan izin Allah anda akan bebas hutang dan mempunyai simpanan yang sangat banyak. Malah, duit lebihan yang anda ada itu boleh untuk bersedekah lebih atau menginfak harta bagi mencari keredhaan Allah SWT dan demi saham akhirat juga.

Pastikan setiap matlamat yang anda ingin capai, tulis secara terperinci berserta berapa jumlah yang anda inginkan. Kemudian tampal di ruang bilik tidur atau office anda ya. Law of attraction.

Semoga Bermanfaat dan Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen