Berjimat Cermat Ketika Membeli Perabot Rumah, Ini Caranya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila sudah mendirikan rumah tangga dan hidup bersama, pasti anda akan menghiasi rumah anda agar kelihatan lebih menarik dan selesa untuk anda. Sudah pasti anda akan perlukan beberapa perabot untuk ke dalam rumah tersebut.

Antara perabot yang dianggap penting adalah seperti sofa untuk menerima tetamu, katil untuk anda tidur, meja makan untuk anda sekeluarga makan bersama dan alamari pakaian untuk anda menyusun segala pakaian anda.

Macam biasalah, harga perabot ini agak mahal hingga mencecah ribuan ringgit. Jika nak membeli yang secondhand juga tidak salah, tapi tidak semua perkara sesuai untuk secondhand ini. Tapi jika anda merasakan ia sesuai mengikut kemahuan anda bolehlah cuba.

Baru ataupun secondhand, kedua-duanya perlukan wang yang banyak juga, jadi bagaimana hendak berjimat cermat akan perkara ini. Berikut adalah caranya.



1. Tahu perabot yang paling penting dan utama.

Anda hanya akan membazir wang and ajika anda membeli barangan rumah ini menggunakan emosi dan keinginan anda sahaja. Di mana anda tidak meletakkan perabot mana yang paling utama dan perlu.

Sebelum anda membuat pembelian, anda seharusnya membuat senarai terlebih dahulu dan jangan lupa untuk meletakkan anggaran dalam setiap barangan yang anda mahukan itu.

Kaedah ini akan membantu anda mengawal pembelian yang lebih mahal seterusnya membantu anda untuk tidak membeli barang yang tidak perlu.

                         

2. Membeli apabila ada jualan gudang atau promosi.

Seterusnya adalah anda boleh menyimpan wang terlebih dahulu dengan mengumpulkan sedikit demi sedikit, kemudian barulah anda gunakan ia apabila terdapat jualan gudang atau promosi. Namun begitu, sebelum membuat pembelian, anda perlu pastikan bahawa ia benar-benar menguntungkan anda atau sekadar gimik jualan yang membuat anda rambang mata.

Terdapat waktu-waktu tertentu kedai perabot menawarkan harga yang lebih murah. Sebagai contoh apabila hujung tahun. Pada ketika ini, kebanyakan barangan akan menjadi lebih murah dan berbaloi untuk dibeli.



                           

3. Membeli secara langsung di gedung jualan.

Membeli barangan dari gedung adalah salah satu pilihan untuk berjimat cermat. Biasanya anda boleh mencari barangan yang dikembalikan semula oleh pelanggan ataupun anda boleh memilih barangan yang telah diberhentikan pengeluarannya. Kedua-dua ini biasanya akan menawarkan harga yang lebih murah apabila beli di gudang.

Jangan bimbang jika anda merasakan ia tidak berkualiti. Biasanya barang seperti ini hanya mempunyai sedikit kecacatan tapi ia tidak menjejaskan fungsi perabot.

4. Belajar untuk tawar menawar.

Tidak semua kedai perabot akan meletakkan harga yang tetap terhadap satu barangan itu. Hal ini kerana, mereka menyediakan sedikit masa untuk anda berunding akan perkara tersebut. Jika anda mampu melakukan tawar menawar dengan baik, pasti mereka ini akan memberikan anda satu harga yang memuaskan hati anda.

5. Semak harga di internet.

Terdapat banyak peluang yang menarik ditawarkan di internet yang boleh anda dapati mengenai perabot ini. Bukan sekadar boleh membandingkan perabot dengan perabot yang lain tapi anda juga boleh melihat ulasan dan pandangan dari pihak lain.

Namun begitu, hanya ada beberapa perkara yang perlu anda pastikan sebelum membeli. Antaranya adalah adakah ia laman web yang rasmi atau boleh dipercayai, cara penghantaran serta jaminan barang tersebut akan diperolehi.

                         

6. Beli perabot secondhand.

Tidak salah membeli perabot secondhand, cuma anda perlu bijak memilih yang sedikit berkualiti dan harganya pastilah berbaloi dengan kualitinya. Terdapat banyak kedai yang menawarkan penjualan perabot secondhand ini cuma anda perlu bijak memilih sahaja. Hal ini kerana, ditakuti anda akan membeli barangan yang tidak berkualiti.

Jika anda masih dalam mood pengantin baru, perabot-perabot seperti ini bukanlah perkara yang penting lagi untuk anda. Hal ini kerana, anda masih dalam proses permulaan hidup. Jadi jangan terburu-buru untuk memiliki semua ini. Pastikan anda telah stabil barulah anda boleh beli.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen