Apabila Hamil Di Luar Jangkaan, Ini Tindakan Yang Perlu Diambil.

Selepas berkahwin biasanya sesetengah orang akan merancang adakah mereka ingin memiliki anak terus atau menunggu beberapa tahun dahulu. Begitu juga dengan mereka yang sudah memiliki anak buat kali pertama. Pasti mereka ingin menjarakkan tahun di antara anak sulung dan anak seterusnya.

Pastinya jika sudah membuat perancangan, anda dan pasangan akan meletakkan beberapa target dan cara untuk memastikan apa yang dirancang itu berjalan dengan lancar. Tapi jika berlaku sebaliknya, sebagai contoh anda mengandung di luar jangkaan anda, pasti anda akan sedikit terkejut bukan?

Pasti banyak perkara yang akan anda fikirkan seperti, bagaimana jika suami anda tidak mahu anak tersebut ataupun anda tidak mampu menjadi ibu yang baik. Apabila berhadapan dengan perkara seperti ini, berikut adalah apa yang perlu anda lakukan.



1. Berjumpa doktor.

Ini adalah masanya untuk anda berjumpa dengan doktor. Doktor anda akan mengesahkan status kehamilan dan tempoh kandungan anda. Doktor juga boleh memastikan sama ada bayi itu dalam kondisi yang baik. Jika anda mempunyai masalah kesihatan seperti masalah jantung, diabetes atau obesiti, maklumkan kepada doktor anda.

2. Berjumpa kaunselor atau meminta bantuan orang yang dipercayai.

Jika anda mahu tidak mahukan anak ini dengan menggugurkan kandungan atau memberikan bayi anda kepada jagaan orang lain, berjumpalah dengan kaunselor yang boleh membantu anda mengatasi masalah emosi seperti kegelisahan, stres atau depresi. Masalah-masalah ini adalah normal memandangkan kehamilan yang terjadi adalah di luar jangkaan. Walaubagaimanapun, kondisi ini mampu memberi kesan kepada kesihatan dan tumbesaran bayi.

Jika anda mahu menggugurkan kandungan, anda perlu berbincanglah dahulu dengan kaunselor terhadap kesan dan akibat melakukannya serta berdiskusilah dengan doktor anda berkaitan risiko dan komplikasi prosedurnya.

Anda juga boleh meminta bantuan daripada orang yang anda percaya dengan berbincang tentang masalah anda. Beritahu mereka situasi dan perasaan anda serta tindakan yang bakal anda lakukan. Individu ini boleh membantu anda membuat pilihan dan memberi sokongan.



3. Menjaga diri.

Sentiasa jaga diri anda sebaiknya. Anda memerlukan badan dan minda yang sihat untuk mengandung dan menjalani prosedur ini. Mula ambil asid folik setiap hari, makan makanan yang sihat, melakukan aktiviti ringan seperti berenang atau berjoging, memastikan waktu tidur mencukupi dan minum air dalam kuantiti yang sebetulnya setiap hari. Berbincanglah dengan pakar diet untuk membantu anda.

4. Hentikan tabiat buruk.

Sekiranya anda mahu meneruskan kandungan anda, anda perlu berhenti melakukan tabiat buruk seperti merokok, mengambil alkohol mahupun penggunaan dadah kerana perkara-perkara ini boleh merosakkan kandungan. Berbincanglah dengan doktor anda tentang bagaimana menghentikan tabiat buruk anda.

5. Ketahui risiko anda.

Penting untuk anda ketahui apa yang perlu anda elakkan semasa sedang hamil.
Anda perlu menjauhi binatang seperti kucing. Kucing mungkin membawa kuman yang boleh mengakibatkan jangkitan atau gangguan.

Berhenti makan makanan yang tidak dimasak seperti daging mentah atau susu. Berhenti pakai kasut tinggi untuk mengelakkan anda jatuh sekaligus memberi kesan buruk kepada kandungan.



Artikel Lain

Tinggalkan Komen