Pentingnya Seorang BFF Di Sisi Wanita.

Oleh: Zuzu Yasmine

Anda lebih suka bersendirian? Anda merasakan hidup anda lebih privacy jika anda bersendirian. Bahkan anda juga merasakan rahsia anda selamat jika anda tidak mempunyai rakan karib? Tersangatlah rugi jika anda berfikiran sebegini.

Kita bukanya perlukan teman setiap masa dan untuk semua perkara. Tetapi ada sesetengah perkara yang kita tidak boleh lakukan bersendirian malah jika ada seorang teman yang memberi semangat dan panduan pasti akan membantu kehidupan anda.



Berikut adalah sebab mengapa anda perlukan seorang teman.

1. Tak malu nak tunjukan siapa anda sebenarnya.

Apabila anda dan dia adalah rakan karib, rakan rapat atau BFF ini anda pastinya akan lebih spontan untuk tunjukan siapa diri anda sebenarnya. Tanpa perlu rasa malu-malu dengan mereka ini bahkan anda juga boleh tunjukan sikap tanpa cuba kawal menjadi ayu. Bukan mudah nak lakukan perkara sebegini apabila berhadapan dengan seseorang yang asing.

Tapi apabila dengan rakan karib sendiri, pastinya mereka ini akan lebih terbuka untuk menerima segala kelemahan dan kekurangan anda. Jadi anda juga akan lebih selesa.

2. Pendengar yang paling baik.

Kenapa perlukan BFF ini adalah kerana mereka ini biasanya pendengar yang baik. Jadi setiap masalah yang anda ada bolehlah berkongsi dengan mereka ini. Tidak cukup dengan itu, anda juga boleh saling berkongsi nasib.
Mereka ini juga boleh dikatakan akan setia disaat susah mahupun senang. Nak ajak bergosip pun seronok. Sangat beruntung jika anda sudah miliki rakan karib ini.

3. Rasa seolah seperti keluarga.

Apabila sudah terlalu rapat, pasti anda dan dirinya akan rasa seperti keluarga. Dan yang paling menyeronokan lagi adalah keluarga anda dan juga keluarganya akan lebih rapat. Tidak cukup dengan itu, anda juga pasti akan rapat dengan keluarga rakan seperti keluarga kandung sendiri. Bukankah itu menyeronokan kerana anda akan rasa lebih disayangi oleh ramai orang.

                              



4. Penasihat terbaik.

Setiap masalah pastinya perlukan penyelesaiannya. Tapi jika tidak boleh selesaikan bersendirian, ia pastinya perlukan bantuan dari seseorang yang paling anda rapat. Jadi orang tersebut pastinya rakan karib anda. Mereka ini pasti akan bagi idea-idea yang baik untuk anda selesaikan masalah anda. Tidak hanya itu sahaja, mereka juga pastinya akan berikan nasihat yang baik untuk setiap tingkah laku anda.

5. Mudah mencari yang sependapat.

Amat susah untuk mencari seseorang yang mempunyai persefahaman dari segi pendapat ini. Jadi rakan karib ini pastilah seseorang yang sentiasa sependapat dengan anda. Di sinilah anda boleh selalu bertukar pendapat dan mendapat persetujuan yang baik tanpa perlu bermasam muka terutama mengenai penampilan diri kalian.

Sebab itulah pentingnya wanita mempunyai BFF ini. selain itu menghilangkan rasa sunyi, mereka ini sebenarnya membantu dalam memberi semangat untuk anda berhadapan dengan hidup anda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen