Tips Menguruskan Rumah Bagi Anda Yang Sibuk Berkerja.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bagi anda yang sibuk berkerja pasti akan terasa letih untuk menguruskan rumah. Selepas seharian bertungkus lumus di pejabat, anda sepatutnya dapat berehat. Namun keadaan rumah tidak mengizinkan anda untuk anda rehat terlebih dahulu. Sakit mata melihat keadaan rumah yang tidak tersusun, pasti akan menambah rasa terbeban di bahu anda.

Orang kata kalau masih single tidak mengapa, tapi sebenarnya jika anda tidak mengubah gaya hidup anda, ia pasti akan memberi kesan kepada anda walaupun anda telah berumah tangga nanti. Bukankah rumah dalam keadaan kemas dan teratur itu lebih sedap dipandang?

Jadi, lakukan perubahan dari sekarang. Jangan menggunakan alasan anda belum berkahwin atau belum mempunyai anak untuk pastikan rumah anda dalam keadaan terurus dan bersih. Anda boleh ikuti beberapa tips ini untuk meringankan sedikit beban anda.



1. Tetapkan hari atau jadual.

Isnin hingga jumaat adalah hari berkerja yang sangat memenatkan. Namun begitu, anda perlu pastikan ia bukanlah satu perkara yang menghalang anda untuk mengemas rumah. Mungkin anda boleh menggunakan kaedah sebagai penjadualan atau tetapkan hari apa yang anda ingin mengemas rumah anda.

Dengan ini anda tidak perlu melakukan perkara tersebut hari-hari. Sebagai contoh anda lakukan hari selasa, kahmis dan hujung minggu. Ini adalah cara yang sesuai bagi anda yang berkerja. Pastikan anda menyusun segala tugas yang anda telah lakukan pada hari tersebut, tapi pastikan anda menyapu rumah hari-hari ye.

2. Buang perkara yang tidak penting.

Jangan simpan barang yang anda sudah tidak gunakan lagi atau sememangnya hanya akan menambah semak di dalam rumah anda. Anda perlu asingkan barangan yang boleh digunakan, barang yang hendak digunakan dan juga barang yang perlu dibuang. Jangan semua barang anda simpan kerana merasakan ia boleh diguna pakai semula.

Sikap sebegini akan membuatkan rumah anda mempunyai banyak barang, sekaligus menyebabkan anda malas untuk mengemas dan menyusun atur. jika terlalu banyak barang juga akan menyebabkan anda sakit mata melihat keadaan rumah anda.

                             



3. Jangan lakukan bersendirian.

Jika anda masih single dan duduk bersendirian, anda sememangnya perlu lakukannya sendiri. Tapi bagi mereka yang sudah berkahwin dan berkeluarga, anda boleh meminta pasangan dan anak-anak membantu anda. Jangan biarkan anda melakukan bersendirian, ia akan menambah tekanan yang ada.

Selain itu juga, anda boleh gunakan cara ini untuk melatih anak serta pasangan anda dalam melakukan kerja rumah. Nanti tidaklah anda merungut sendirian.

4. Pastikan teratur.

Mungkin anda akan terlalu penat jika mengemop rumah dan lap tingkap setiap hari. Anda boleh lakukan tiga perkara itu seminggu sekali atau dua kali. Apa yang paling penting adalah memastikan keadaan barangan di dalam rumah teratur.

Sebagai contoh, tiada pinggan mangkuk yang kotor, tiada sampah yang telah lama, ataupun barang yang tidak terletak pada tempatnya. Pastikan semua perkara ini tersusun dan teratur. Barulah anda tidak sakit mata melihat semua ini.

Sikap menguruskan rumah dengan baik ini bukan hanya diperlukan oleh seorang isteri atau ibu sahaja. Tapi ia juga diperlukan untuk semua orang bagi memastikan tempat tinggal itu selesa untuk diduduki. Amalkan sikap ini ketika anda masih bujang lagi, pasti akan lebih mudah anda menguruskan rumah tangga nanti.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen