Kesihatan Mental Adalah Amanah Dari Allah SWT Untuk Kita Jaga. Jangan Ambil Ringan!

Pada masa kini, kemurungan atau depresi bukan lagi satu perkara yang luar biasa pada masyarakat melayu. Kesihatan mental semakin berleluasa kerana kehidupan yang semakin mencabar, bukan sahaja bagi golongan yang bujang, malah golongan yang sudah berkahwin juga mengalami kemurungan.

Tiada siapa dapat menjanjikan kebahagiaan setelah berkahwin.

Semuanya terletak pada hati, perasaan dan tindakan diri sendiri. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menjangkakan bahawa penyakit mental akan menjadi bebanan nombor dua di dunia menjelang 2020. Kata orang ramai, itulah realiti masyarakat yang sakit pada hari ini. Namun realiti yang menyakitkan ini tidak boleh diterima begitu sahaja. Ia tidak boleh diterima sebagai suatu kebiasaan.

Kemurungan juga tidak mengenal jantina. Bukan sahaja kaum wanita yang mudah diserang depresi, malah lelaki juga. Kemurungan juga tidak mengenal usia. Oleh itu, setiap individu perlu didik dan berdisiplin untuk menjaga kesihatan mental, kerana ia adalah amanah dari Allah SWT untuk dijaga.

Setiap orang terdedah kepada masalah kesihatan mental. Sesetengah orang merasakan bahawa masalah mental berlaku disebabkan iman yang lemah, tidak cukup ibadah dan sebagainya. Hal ini tidak tepat.

Jika perkara ini benar, maka orang bukan Islam adalah orang yang paling dahulu akan ditimpa masalah mental. Ia tentang minda manusia itu sendiri. Kajian dilakukan untuk mengenal pasti ‘stressor’ atau punca yang menyebabkan masalah mental terjadi.

Jadi, jom ikuti tips ini untuk menjaga kesihatan mental anda sendiri;

1. Periksa Keadaan Minda Kita Setiap Hari.

Sebagaimana kita menjaga badan dengan pemakanan yang seimbang dan senaman, begitu juga dengan minda. Buat pemeriksaan dengan bertanya, adakah hari ini kita diselubungi stres atau tekanan yang melampau? Adakah minda kita masih mampu menguruskan tekanan tersebut?

2. Bercakap Tentang Apa Yang Mengganggu Fikiran.

Kongsikan apa yang mengganggu fikiran kita dengan orang yang kita percaya. Bercakap memang tidak dapat menyelesaikan masalah, namun beban perasaan dapat dikurangkan dan minda kita akan menjadi jernih semula. Kita dapat berfikir dengan jelas .

Usah merasakan bahawa berkongsi rasa adalah suatu yang membebankan. Ramai orang yang mengambil berat tentang diri kita dan sudi menjadi pendengar yang baik.

3. Menjadikan Ibadah Harian Sebagai Kaedah Untuk Bertenang.

Perlu ditegaskan di sini, bahawa masalah mental berlaku bukan kerana kurangnya ibadah, sebaliknya ibadah boleh dijadikan amalan yang mampu melindungi diri di peringkat awal. Ia bukan punca, tetapi ia kaedah pencegahan. Sesuai dengan firmanNya, bahawa apabila kita mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

Langkah yang disebutkan di atas adalah usaha yang dapat kita lakukan di peringkat awal sebelum kita ditimpa apa-apa masalah mental yang kronik. Namun jika masalah tersebut sudah tidak dapat dikawal, rawatan dari pakar adalah suatu kemestian.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen