Boleh Ke Gugurkan Anak, Demi Stabilkan Ekonomi Keluarga? Jom Ikuti Soal Jawab Ini.

Kini, dengan keadaan ekonomi negara yang turun naik, menyebabkan kewangan dalam keluarga juga turut tidak stabil. Impak ini memberi kesan yang sangat besar pada mereka yang telah berkahwin, dan mahu menyara anak yang ramai. Ada juga sebahagian suami isteri yang ragu-ragu sama ada untuk menghasilkan zuriat atau tidak kerana dengan keadaan kewangan keluarga.

Berkenaan dengan ekonomi keluarga ini, jom ikuti perkongsian soal jawab bersama Ustaz Dr Zaharuddin melalui Tanyalah Ustaz.

Sebelum itu, menurut beliau setiap keluarga perlulah ada altimet goals dalam merancang ekonomi keluarga. Pasangan suami isteri perlu tahu halal dan haram sesuatu perkara yang dilakukan. Malah perlu mengawal nafsu sendiri dengan tidak sentiasa mencemburui kekayaan orang lain.

Kecukupan ekonomi adalah dari hati sendiri.

“Jika gaji 10k sekalipun, kalau nafsu berbelanja tidak dapat dikawal, memang kewangan sentiasa tak cukup”

Oleh itu pasangan suami isteri perlu berusaha dalam mencari rezeki. Manjadda Wajada. Namun, setiap rezeki itu adalah berbeza dengan setiap insan.

Soalan: Nak Stabilkan Ekonomi Keluarga, Dengan Menggugurkan Anak. Boleh Ke?

Menurut Ustaz, keadaan ekonomi negara mahupun keluarga sangat subjektif kerana kita tidak akan tahu sampai bila ekonomi ini akan stabil. Jika keadaan keluarga yang memudaratkan nyawa seorang ibu, maka hukumnya HARUS bilamana usia janin belum sampai 4 bulan. Jika lebih 4 bulan, maka jatuh hukum HARAM kecuali memudaratkan nyawa si ibu.

Namun, anak adalah pembawa rezeki pada sebuah keluarga. Sebelum mahu membuat keputusan, elok bertemu dengan orang yang lebih berpengalaman dan pakar tentang isu ini. Semua keputusan adalah berpandukan dengan keadaan dan situasi keluarga.

Soalan: Bagaimana Peranan Isteri (Suri Rumah) Dalam Mentadbir Ekonomi Keluarga?

Pasangan suami isteri perlu tahu bahawa anak-anak yang dijaga oleh ibu sendiri adalah lebih baik dari dijaga oleh pengasuh. Jika isteri anda adalah seorang suri rumah, maka ia adalah satu kebaikan kerana mereka sendiri akan menjaga dan mendidik anak dari rumah, disitu jimat dari segi ekonomi keluarga.

Namun, dalam mendidik anak-anak, si ibu perlu  mengajar mereka untuk tidak merosakkan ekonomi sehingga kewangan keluarga menjadi tidak stabil. Didik anak-anak berjimat cermat sejak dari kecil mengikut kemampuan dan pendapatan si bapa.

Jika ajar anak-anak dari kecil mengenai duit ini, Insya Allah anak-anak akan faham dengan situasi keluarga yang sederhana.

Selain daripada itu, si suami juga jangan pula terlalu kedekut sehingga mementingkan diri sendiri.

“Consider perasaan isteri juga…”

Isteri juga ada perasaan. Mereka juga akan berasa malu sekiranya menjemput ibu mertua atau jiran datang ke rumah dengan pinggan yang agak tidak ‘presentable’. Kaum wanita ini mempunyai perasaan yang amat berbeza dengan kaum lelaki. Jadi, si suami perlu ambil tahu mengenai ini. Jangan pentingkan diri!

Si suami perlu tahu tentang nafkah yang perlu beri pada si isteri. Memberi satu suapan nasi ke mulut isteri juga adalah satu sedekah yang patut si suami lakukan untuk mendapat pahala.

Soalan: Bagaimana Pula Jika Si Isteri Kerja Mencari Rezeki, Tetapi Si Suami Tidak Bekerja?

Pasangan suami isteri perlu tahu “Allah SWT tidak akan membebani seseorang diluar kemampuannya…”. Sekiranya rezeki terhad, si suami masih perlu memberi nafkah kepada si isteri mengikut kemampuan diri. Sepatutnya konsep perkahwinan adalah Isteri membantu itu adalah satu sedekah, manakala si suami itu wajib memberi kerana khuatir ‘hilang kelakian’ sebagai ketua keluarga.

Suami perlu tahu kenapa lelaki yang menjadi ketua keluarga, bukannya wanita. Tanpa 2 perkara ini maka ‘hilanglah kelakian’ itu;

1. Mental dan tenaga lelaki yang lebih kuat dari kaum wanita. Lelaki lebih senang bergerak mencari rezeki di luar rumah, kerana perbezaan aurat untuk dilindungi. Ada juga sesebuah syarikat mahu kaum wanita membuka aurat jika mahu bekerja. Situasi ini amat menyukarkan kaum wanita mencari rezeki.

2. Kerana lelaki yang memberi nafkah, bukannya kaum wanita.

Jika kurang salah satu perkara di atas, maka kesannya nanti taat isteri pun menjadi kurang.

Kesimpulannya perlu ada toleransi atau Give & Take. Si isteri jangan berkias dan mendesak suami, si suami juga jangan terlalu kedekut sehingga pentingkan diri sendiri.

Wallahua’alam, Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen