Tips Nak Jadi Menantu Favorite Dan Kesayangan Suami Dalam Pada Masa Yang Sama.

Sudah menjadi lumrah dalam keluarga, kaum wanita memang sukar untuk bertoleransi dengan ibu mertuanya. Akan tetapi kaum lelaki kelihatan okay sahaja dengan bapa mertuanya, malah mampu menjadi suami kesayangan pada para isteri.

Kenapa situasi ini terjadi? Bagaimana untuk menjadi menantu kesayangan, dan pada masa yang sama menjadi isteri yang dicintai oleh suami?

Jom ikuti tips ini…

1. Boleh berfikiran rasional.

Ketika ibu mertua membebel, anda perlu berfikir sebelum bertindak mengikut emosi. Angguk sahaja dengan setiap leteran dan bebelan dari ibu mertua anda, walaupun anda merasakan sesuatu isu tersebut anda tidak bersetuju. Bersabar sahaja, kerana itu yang lebih baik.

Jika ibu mertua mula melibatkan ipar duai pula, jangan tergesa-gesa cerita masalah pada sahabat baik pula. Jangan libatkan sahabat baik atau pihak ketiga yang memang langsung tidak berkenaan dalam keluarga anda ini. Cerita pada suami.

2. Jangan sampai suami anda report balik pada ibunya.

Oleh sebab itu apa yang berlaku antara anda dengan ibu mertua, harus bertindak dengan rasional. Jika anda mula mengadu tentang ibu mertua pada suami, khuatir suami akan report pada ibunya sendiri. Dan kalau pada saat itu anda memburuk-burukkan ibu suami anda, suami anda ada back up utama dari keluarganya sendiri iaitu ipar duai anda.

Kesimpulannya, jaga aib semua pihak.

3. Jangan kedekut dan malas.

Bukan sahaja jangan kedekut dari segi kewangan, malah tenaga anda janganlah simpan sahaja. Malas membuat kerja rumah sehinggakan jika ibu mertua datang ke rumah anda dengan suami, pasti dia akan melihat anda tidak mampu menjaga anaknya kerana keadaan yang sangat bersepah.

Dan kadang-kala belanjalah ahli keluarga suami anda untuk makan malam diluar atau belanja barang dapur. Bukan sahaja disayangi oleh suami, ibu mertua dan ipar duai pun akan senang dengan sikap anda.

4. Jangan berebut suami dengan ibunya.

Anda tahukan syurga suami di telapak kaki ibunya. Jadi, ibunya juga penting dalam hidupnya. Namun, jaga-jaga, jangan sampai suami melekat dengan ibunya sehinggakan tidak menjalankan tanggung jawabnya sebagai suami dan peranan sebagai bapa. Oleh sebab itu pentingnya ilmu kekeluargaan dan keagamaan supaya anda tahu jenis nafkah yang suami perlu bagi.

5. Jangan marah suami anda depan ibunya.

Jika berlaku pergaduhan antara anda dengan suami, elakkan bergaduh, menengking dan memarahi sikap suami depan ibunya. Jatuh egonya. Jatuh air mukanya. Jaga aibnya. Memang benar alam perkahwinan ada pasang surutnya, namun masalah rumah tangga sepatutnya hanya anda dengan suami sahaja yang tahu. Jangan libatkan orang lain sekiranya masalah dapat diselesaikan sebenarnya.

6. Sentiasa ucapkan kata-kata syukur dan terima kasih pada ibu mertua.

Bukan sahaja pasangan yang amat memerlukan kata-kata positif dan bermotivasi, ibu mertua juga amat memerlukan kata-kata sebegini. Kata-kata yang positif menggambarkan anda adalah seorang yang boleh bersangka baik dalam semua perkara, dan ia akan menunjukkan persepsi yang baik pada ibu mertua.

Jangan takut kalau ia ambil masa yang lama, selagi anda Yakin dengan Allah SWT, pasti Dia akan menunjukkan jalan atau petunjuk yang benar.

Selain daripada itu anda juga boleh mengucapkan rasa syukur pada ibu mertua kerana mendidik dan membesarkan suami menjadi anak yang baik. Ia adalah salah satu penghargaan untuk suami dan ibu mertua juga. Bukan untuk ‘membodek’ tetapi ucapkan lah dengan ikhlas dan pada masa yang sesuai.

Semoga Bermanfaat Dan Selamat Mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen