12 Tempat Menarik Yang perlu Anda Kunjungi Apabila Pergi Ke Penang.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila hujung tahun ini, sudah pastilah cuti musim persekolahan akan bermula. Dan ibu bapa pula akan mula memikirkan ke mana tempat yang bersesuaian untuk membawa anak-anak bercuti.

Jika anda memilih Penang atau Pulau Pinang sebagai destinasi percutian kali ini, maka terdapat beberapa tempat yang perlu anda kunjungi. Selain terkenal dengan nasi kandarnya yang sememangnya lazat, pelbagai lagi tarikan yang boleh anda lihat dan pergi apabila berkunjung ke Penang ini.

Berikut adalah 10 senarai tempat menarik yang perlu anda kunjungi apabila tiba di Penang.



                                  

1. Penang Street Art.

Rugilah jika anda ke Penang tapi tidak ke sini. Jalan-jalan di sekitar bandar Georgetown, sambil menikmati lukisan-lukisan dinding yang dihasilkan oleh pelukis terkenal adalah salah satu tarikan yang menarik di sini. Kebanyakan pelancong akan merakamkan momen-momen yang menyeronokan mereka di sini.

Antara kawasan yang boleh anda temui lukisan jalanan ini ialah Jalan Penang, Jalan Muntri, Weld Quay, Lebuh Leith, Armenian Street, dan Jalan Ah Quee. Pelbagai jenis lukisan yang boleh anda lihat di sini.

Jika anda letih berjalan kaki, anda juga akan disyorkan untuk menyewa basikal disekitar kawasan tersebut. Harganya agak berpatutan dan anda boleh mengelilingi kawasan ini hingga ke petang hari.

Tapi dingatkan bahawa ia kawasan yang agak sedikit sibuk, maka anda perlu sentiasa waspada terhadap anak-anak anda.

                                 

2. Penang Avatar Secret Garden.

Jika anda menjejakkan kaki di sini buat kali pertama, pasti anda akan begitu terpukau akan keindahan hutan ajaib ini. Ia akan mengingatkan anda kepada filem Avatar yang pernah menjadi bualan suatu masa dahulu.

Nak melihat pemandangan yang lebih menarik, anda dinasihatkan untuk pergi pada waktu malam, pada ketika itulah anda akan lebih terpukau dengan keindahannya.

Apa yang menariknya tempat ini, tiada bayaran masuk dikenakan. Dapatlah menjimatkan sedikit perbelanjaan anda.

Harga Tiket: Percuma.

Alamat: 336, Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: Dibuka sehingga 12 tengah malam.

                                 

3. Padang Kota Lama.

Padang Kota Lama merupakan lokasi bersejarah yang asalnya berfungsi sebagai padang perbarisan dan permainan yang dibuat oleh penjajah British. Kawasan ini ditemui oleh Francis Light.

Menyedari yang ia tidak diduduki manusia kecuali sejumlah kecil penduduk berbangsa Melayu dan Aceh di sepanjang sungai, Francis Light mengarahkan agar hutan bertanah datar ini dibersihkan.

The Esplanade adalah nama lain bagi kawasan ini yang merangkumi Padang Kota Lama dan Jalan Tun Syed Sheikh Barakbah. Padang Kota Lama juga terletak berhampiran dengan Fort Cornwallis.

Kawasan ini sangat terkenal dengan mee sotongnya. Jika anda singgah ke sini, jangan lupa untuk menikmati mee sotongnya yang sememangnya terbaik.

Alamat: 1, Light Street, 10450 George Town, Pulau Pinang.

                                 

4. Bukit Bendera.

Bukit Bendera merangkumi beberapa buah bukit dengan puncak tertinggi adalah 833 meter dari paras laut. Ia menjadi tempat berehat semasa penjajahan British dan kini menjadi destinasi pelacongan yang popular.

Puncak bukit ini boleh dinaiki oleh pelancong dengan menggunakan keretapi. Bukit Bendera menyimpan flora dan fauna yang indah, pemandangan yang memukau dan sejarah serta warisan negara.

Di Bukit Bendera inilah terdapat bangunan-bangunan bersejarah yang diantaranya dibina seawall 1789 dengan senibina dari zaman penjajahan British, Asia dan moden.

Waktu Operasi: Setiap hari (630am – 11pm)

Harga Tiket: RM10 (dewasa), RM5 (kanak-kanak 4 – 12tahun), RM5 (warga emas 60 tahun ke atas).

Harga Tiket (Fast Lane): RM40 (dewasa), RM20 (kanak-kanak), RM5 (warga emas).

Apa yang menarik dan anda boleh nikmati di sini adalah Penang Hill Lily Ice Kacang.

                               

Berada di Astaka Bukit Bendera yang terletak di Penang Hill. Teramat rugilah jika anda tidak datang dan menikmati
Ice Kacangnya ini. Mula beroperasi sejak 1986, Lily Ice kacang ini mempunyai pelbagai jenis menu ice kacang yang sememangnya akan membuka mata anda.

Alamat: Astaka Bukit Bendera, Bukit Bendera, 11300 Air Itam, Pulau Pinang

Waktu perniagaan: 11:00 am-8 : 00pm (Isnin-Jumaat), 8:00 am-8:00pm (Sabtu-Ahad)

                               

5. Escape Park.

Satu tarikan yang masih baru lagi di Penang ini. Jika anda sukakan aktiviti yang mencabar, jangan lepaskan peluang anda untuk menguji kekuatan anda di sini.

Escape direka dari kerinduan pemiliknya kepada keseronokan bermain di luar rumah dalam alam semulajadi dan memperkenalkannya kepada kanak-kanak pada masa kini.

Aerobat untuk bergayut, Airbag untuk melompat, AK Academy untuk permainan air, AK Discovery untuk menyelam, A-Maze untuk bersembunyi, Atan’s Jump untuk terjun ke dalam air, Atan’s Leap untuk terjun di udara, Balance Beam untuk berjalan di atas galah dan banyak lagi permainan menyeronokkan. Kedatangan anda ke sini dijamin tidak akan membosankan.

Jika anda suka bermain atau suka bermain semasa kanak-kanak, kembalikan memori anda di sini.

Alamat: 828 Jalan Teluk Bahang, 11050 Penang

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10am – 6pm), ditutup pada hari Isnin

Harga Tiket: Harga berbeza mengikut kumpulan (keluarga, korporat, dan sekolah), dan jarak masa tempahan. Sila lihat di laman webnya.



                               

6. Rumah Kelahiran P. Ramlee.

Apabila sudah tiba di Penang, rasa tidak lengkap sekiranya tidak singgah ke rumah seniman terhebat kita P. Ramlee.
Filem-filem dan lagu-lagunya tidak pernah jemu untuk dijadikan tontonan walaupun telah berulang kali melihatnya.

Di rumah inilah beliau dilahirkan dan dibesarkan. Pengunjung dapat melihat koleksi asal barang milik Allahyarham, pusaka peninggalan keluarga, dan halaman rumahnya yang masih dikekalkan hiasannya.

Harga Tiket: Percuma

Alamat: Lot 2180, Jalan P.Ramlee, Taman Kampar, 10460 George Town, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: 9am-530pm dibuka setiap hari kecuali Isnin dan cuti umum.

                               

7. Muzium Perang.

Bagi yang menyukai sejarah, jangan ketinggalan untuk melawat ke Muzium Perang ini. Ia sebenarnya sebuah kubu yang dibina pihak British pada tahun 1930an. Ia pernah digunakan semasa menentang pencerobohan tentera Jepun.

Pengunjung dapat melihat barang-barang bersejarah termasuk meriam, terowong dan kubu pertahanan bawah tanah sedalam 9 meter. Sesetengah terowong memaksa anda untuk merangkak jika mahu melaluinya.

Harga Tiket: RM18 (dewasa), RM8 (Kanak-kanak),

RM36 (warga asing dewasa), RM16 (warga asing kanak-kanak).

Alamat: Lot 1350 Mukim 12, Daerah Barat Daya, Batu Maung.

Waktu Operasi: 9am-7pm setiap hari.

                               

8. Batu Feringghi.

Bagi sesiapa yang sukakan udara pantai, jangan lupa untuk singgah ke pantai ini. Ini lokasi yang menjadi pilihan pelancong yang berkunjung ke Pulau Pinang. Terletak di pantai, banyak barangan dan makanan boleh diperolehi di sini. Rata-rata pengunjung datang bagi mendapatkan barangan berkualiti pada harga murah seperti beg dan pakaian.

Alamat: Jalan Pantai Batu, Taman Pantai Batu, 11200 Tanjong Bungah, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: 7pm-12am setiap hari.

                              

9. Pasar Chowrasta.

Pasar yang sudah beroperasi sejak 1800 menjadi tumpuan pelancong yang mahu mendapatkan halwa, jeruk, kudapan, cenderamata dan barangan terpakai. Kepelbagaiannya menjadi rahsia tarikan pengunjung.

Alamat: Jalan Penang, 10300 Pulau Pinang

Waktu Operasi: 830am-8pm setiap hari.

                                             

10. Ghost Museum.

Mungkin anda sudah biasa dengan rumah hantu dan anda individu yang tidak lemah semangat. Bezanya, di sini setiap hantu tidak mengganggu anda. Ia adalah patung hantu yang dihias mewakili jenis hantu dari pelbagai budaya.

Maklumat latarbelakang mereka juga disediakan. Hiasannya tidak kurang menyeramkan. Selain itu, mereka juga menyediakan kostum hantu bagi membolehkan anda merakamkan pengalaman sebagai hantu.

Harga Tiket: RM18 (dewasa), RM8 (Kanak-kanak),

RM36 (warga asing dewasa), RM16 (warga asing kanak-kanak).

Alamat: 57, Lebuh Melayu, George Town, 10300 Pulau Pinang.

Waktu Operasi: 10am-7pm setiap hari.

                            

11. Jurassic Research Centre / Dinosour Komtar Penang.

200 dinasour ‘dihidupkan’ kembali! Kanak-kanak pasti menyukai replika dinasour bersaiz gergasi di dalam ruang khas berjeriji. Memang menarik melihatnya di komtar iaitu antara mercu di Penang.

Harga Tiket: RM58 (dewasa), RM48 (Kanak-kanak),

Alamat: TheTop@KOMTAR, 1, Jalan Penang, 10000 George Town, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: 10am-1215am setiap hari.

                           

12. Penang 3D Art Trick Museum.

Pengunjung ke sini untuk mengambil gambar dengan gaya kreatif dan menarik, sesuai dengan karya seni yang dihasilkan di dalamnya.

Buat gaya terjunan udara, bermesra dengan beruang Panda, menaiki bas mini comel berwarna kuning, berada di dalam sampan di Clan Jetty, menaiki kereta lembu, menjadi Alice versi kecil di Wonderland, menunggang basikal
bersama E.T, mengadakan persembahan magik anda sendiri, dimakan jerung, menyelam di laut dalam, dan dimakan ular gergasi. Pilih mana-mana yang anda suka.

Boleh jadi anda akan menyukai semuanya!

Alamat: 10, Lebuh Penang, George Town, 10200 Penang

Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 6pm)

Harga Tiket: RM15 (dewasa), RM25 (kanak-kanak)

Ini adalah tempat-tempat menarik apabila anda berkunjung ke sini. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati keindahan di Pulau Pinang Ini.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen