"Apabila Suami Tidak Solat, Anak Dan Isteri Kena Tempiasnya..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Jika selalunya kita dengar masalah rumahtangga kerana suami mempunyai wanita lain, suami tidak memberi nafkah bahkan pelbagai lagi masalah yang ada, jarang sekali kita dengar suami tidak solat atau malas solat. Sedangkan, ramai sahaja mempunyai masalah sebegini tapi kurang untuk dibincangkan atau diketengahkan.

Suami merupakan ketua sebuah keluarga, jika ketuanya sudah goyang imannya, bagaimana pula dengan pengikutnya iaitu isteri dan anak-anaknya. Jika memiliki isteri yang masih ingin mengajak suaminya solat, maka beruntunglah suaminya. Tapi tidak pula kepada isterinya.

Namun begitu, jika ada diantara kalian yang miliki suami sebegini, jangan mengalah dahulu. Terus berusaha untuk mengajak suami anda solat bersama anda. Mari renungkan sedikit perkongsian daripada saudara Firdaus Shakirin. Semoga kita dapat sedikit sebanyak kesedaran dalam perkongsiannya ini.



"Abang, solatlah..."

Banyak yang tanya, macam mana nak buat bagi suami solat. Suami tak solat, suami jarang solat, suami solat ikut mood dia, suami solat bila disuruh saja.

Tapi bila disuruh selalu, akan jadi bergaduh. Bila tak suruh, tak solat, so macam mana?

"Saya dah putus asa nak suruh suami solat."


Solat tak buat, tapi sembahyang jumaat pergi.

Kes ni bukan kes yang terpencil. Ditempat keje saya, nisbah untuk orang solat dan tak solat adalah seperti dalam 10 orang, akan ada 4 orang yang TAK SOLAT. Masuk surau pun TAK. Tapi sembahyang jumaat diorang pergi dan 4 orang ni plak, 3 daripadanya dah mendirikan rumahtangga, dah ada anak, 1 masih bujang.

Kalau 100 orang, 40 orang langsung TAK SOLAT.

Banyak tu, dan akan ada 40 isteri yang masing-masingnya mempunyai masalah dengan suami yang jenis tak nak solat. Solat tu satu dari rukun islam, dan kita sebgai orang islam, WAJIB buat. Unless kita "bukan islam". Bunyi kasar kan, tp ini hakikat, kita kata kita islam, tapi kita tak memenuhi hak-hak sebagai seseorang yang beragama islam, maka dimana "islam" itu dalam diri kita?

Kesan dari suami tidak solat.

Kesan dari tak solat ni bukan kita saja yang rasa.

Isteri, anak-anak turut kena tempiasnya. Allah tak uji kita seorang, Allah uji semua. Duit tak cukup, kereta selalu rosak, mood selalu tak ok, nampk salah isteri, selalu marah anak, nampk isteri dan anak-anak itu sebgai satu bebanan, berkira dengan apa yang kita ada, dan sebagainya.

Ketenangan tu tak ada sebab hubungan kita dengan Pemilik Hati tu tiada. Kita jaga Allah, Allah jaga kita. Kita perbaiki hubungan dengan Allah, Allah perbaiki hubungan kita dengan manusia. Itu kuncinya.

So kepada isteri-isteri yang ada masalah suami tak solat ni, jangan putus asa dan selalulah tegur. Sehari ada 5 waktu untuk solat, maka 5 kali awk ajak dia solat. "Abang, solat" then awk pergi solat. Dia nak solat atau tak, biar. Then bila keluar berjalan-jalan kat luar, masuk ja waktu, suh dia singgah masjid/surau. Awak masuk, solat. Dia nak duduk dalam kereta ke, hisap rokok ke, biar. Istiqomah buat macam tu dan jangan lupa doa. InsyaAllah, lama-lama hati dia akan terusik dan terjentik dengan apa yang awak buat selalu tu.

Jangan putus asa. Allah tak suka orang yang berputus asa.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen